Ahad, 19 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Menteri Luar sahkan rakyat Malaysia terbunuh di Kabul

Posted: 19 Jan 2014 12:10 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan ke atas restoran di Kabul, Afghanistan pada Jumaat. - BERNAMA

Tindakan tegas ke atas anggota polis cuai

Posted: 18 Jan 2014 11:28 PM PST

KUCHING 19 Jan. - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memberi amaran tegas kepada anggota dan pegawai polis supaya menjaga disiplin masing-masing, sama ada semasa bertugas mahupun di luar waktu bertugas.

Katanya, sikap segelintir anggota polis yang lalai ketika menjalankan tugas atau berkelakuan tidak senonoh telah mencalarkan imej baik pasukan polis.

Wan Junaidi berkata demikian sebagai mengulas lanjut kes rompakan kereta bersenjata di Jalan Satok di sini minggu lalu, yang mana perompak berkenaan menggunakan pistol yang dicuri daripada seorang inspektor polis yang mabuk.

"Dia (pegawai polis) mungkin ada menjalankan tugas di sini tetapi silapnya selepas bertugas dia pergi berhibur dan membawa senjata bersamanya.

"Lagi pun dia memandu dan tidur di dalam keretanya di tepi jalan," kata Wan Junaidi kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pulo di sini.

Wan Junaidi menyifatkan sikap pegawai polis terbabit sebagai sangat

menyedihkan sambil berkata pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan keadaan seperti itu.

Beliau berkata, tidakan disiplin akan ambil terhadap pegawai polis

terbabit.

Wan Junaidi turut menyatakan rasa bimbang beliau kerana dalam masa seminggu terdapat dua kes membabitkan pegawai polis mabuk termasuk membabitkan kes kecurian senjata daripada pegawai yang mabuk.

Beliau bagaimanapun memuji tindakan pantas pihak polis kerana berjaya memberkas kedua-dua pencuri terabit dan menemui semula pistol yang hilang.

"Saya akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagaimana untuk tingkatkan disiplin anggota polis, khsusnya bagi membendung gejala mabuk di kalangan anggota polis semasa bertugas.

"Kita tidak boleh menghalang mereka yang bukan beragama Islam daripada minum minuman keras tetapi minumlah secara berpatutan dan bukan semasa sedang menjalankan tugas agar tidak membahayakan diri sehingga tidak boleh menjaga keselamatan awam," tambahnya.

Wan Junaidi berkata, sebagai pegawai polis yang diamanahkan untuk menjaga ketenteraman awam, mereka sepatutnya menunjukkan sikap yang baik yang boleh dicontohi masyarakat umum.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kewangan masing-masing RM8,500 dan RM11,100 daripada Tabung Baitumal Sarawak (TBS) dan Pusat Khidmat Barisan Nasional Santubong serta enam kampit beras sumbangan Bernas kepada keluarga mangsa kebakaran itu. - BERNAMA

UMNO Pulau Pinang tubuh pasukan pemantau harga barang

Posted: 18 Jan 2014 11:25 PM PST

BUKIT MERTAJAM 19 Jan. - UMNO Pulau Pinang akan menubuhkan skuad khas di 13 kawasan Parlimen di negeri ini bagi memantau harga barang keperluan selain bertindak sebagai 'mata dan telinga' antara kerajaan dan peniaga.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, skuad khas yang terdiri daripada anggota Wanita, Pemuda dan Puteri itu akan membuat pemeriksaan di seluruh pasar dan pasar raya yang menjadi tumpuan masyarakat.

"Setiap Parlimen di negeri ini akan mempunyai satu skuad khas bagi memantau dan merekodkan harga setiap barangan keperluan dan dari situ nanti, kami akan dapat mengesan barang apa yang naik mendadak ketika ini dan apakah puncanya.

"Selain itu kami percaya skuad khas itu juga akan membantu kerajaan mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga barang disebabkan kenaikan tarif elektrik dan petrol baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata semua laporan daripada skuad berkenaan akan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang penting, laporan itu nanti boleh dijadikan panduan oleh kementerian untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar.

"Laporan itu juga sebagai rujukan untuk berunding dengan pengusaha atau pengilang bagi menurunkan harga barang yang dirasakan terlalu tinggi dan membebankan pengguna," katanya.

Musa berkata, skuad khas itu merupakan usaha pihaknya untuk melindungi pengguna yang terjejas dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan ketika ini.

"Jika kita perhatikan, semua barang naik mendadak bukan di negeri ini sahaja tetapi di seluruh negara, jadi penting untuk kita mencari satu langkah penyelesaian terbaik untuk membendung perkara ini daripada terusmembebankan pengguna," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved