Khamis, 18 Julai 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Kayuhan Malakoff kumpul RM172,700

Posted: 18 Jul 2013 01:23 AM PDT

Oleh AHMAD ZAKKI JILAN

CERIA... Peserta Kayuhan Amal Malakoff 2013 gembira berkumpul di KL Sentral selepas selesai misi kayuhan selama tiga hari baru-baru ini.

Peserta merentasi beberapa bandar di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang bagi menyempurnakan Kayuhan Amal Malakoff 2013 selama tiga hari.

SABAN tahun sejak 2006 Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) komited dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya. Walaupun, Malakoff sebuah syarikat pembekal tenaga negara, ia tetap tidak mengabaikan tanggungjawab untuk memberi manfaat kepada masyarat.

Atas sebab itu, bergerak dengan matlamat mahu mengumpul RM150,000, Kayuhan Amal Malakoff 2013 dilancarkan.

Ia merupakan penganjuran kali kelapan diadakan secara berturut-turut.

Tidak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, penyertaan terdiri daripada petugas dan rakan niaga Malakoff.

Kayuhan Amal Malakoff 2013 disertai 80 kakitangan dan rakan niaga Malakoff dengan mengayuh lebih 480 kilometer mengembara merentasi empat buah negeri.

Bermula di Johor, 80 kakitangan dan rakan niaga Malakoff bermandi peluh dan memerah keringat sejauh 480 kilometer untuk mengumpul derma RM150,000.

Hasilnya mereka berjaya menamatkan misi itu dalam masa tiga hari. Kayuhan amal itu berakhir di KL Sentral pada 26 Mei lepas.

Dengan sasaran kutipan derma yang sudah dicapai, Malakoff bertindak mengagihkan wang tersebut kepada 24 pertubuhan anak yatim dan sekolah di tiga negeri iaitu di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang selain Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil, yang melancarkan Kayuhan Amal Malakoff 2013 berkata, acara tahunan itu merupakan cerminan komitmen syarikat untuk berbakti kepada masyarakat.

"Selebihnya, ia menjadi satu cara untuk Malakoff menghargai kakitangan dan rakan niaga. Pada masa yang sama, ia merupakan bentuk tanggungjawab sosial berbentuk rekreasi menyihatkan.

"Banyak manfaat dan faedah diperoleh daripada kayuhan amal ini,'' kata beliau.

Kayuhan Amal 2013 merupakan inisiatif Sukan Amal di bawah Tanggung Jawab Sosial Malakoff.

Sementara itu, antara pusat anak yatim yang menerima derma hasil kayuhan amal itu termasuk pusat Pusat Jagaan Nur Muhammad, Asnaf Murni, Association for the Blind, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Raudhatul Ikhwani.

Selain itu, 13 sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Andek Mori, Sekolah Kebangsaan Sungai Boh, Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran Chokoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chiao turut menerima sumbangan kayuhan amal.

Dalam pada itu, Zainal Abidin gembira kayuhan amal yang dilancarkan semakin berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan serta rakan niaga.

Sebagai contoh katanya, Kayuhan Amal Malakoff 2013 berjaya mengumpul sebanyak RM172,700 walaupun sasarannya ialah RM150,000.

"Sejak tujuh tahun lepas jumlah derma meningkat dari RM47,900 in 2006 kepada RM170,000 pada 2011, menjadikan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan setakat ini mencecah RM750,00 ."

"Kayuhan Amal tahun lepas menyaksikan rekod RM206,000 sekaligus menyaksikan komitmen beterusan masyarakat untuk tanggungjawab sosial.

"Bukan itu saja, bilangan mereka yang menyertai acara turut bertambah setiap tahun," ujar beliau.

Katanya, sejak diadakan, Malakoff mengagihkan bantuan kepada lebih 70 pertubuhan anak yatim yang dipilih.

Malakoff, kata Zainal Abidin mengharapkan penganjuran Kayuhan Rentas Negeri Malakoff yang akan diadakan pada hujung tahun ini terus mendapat sambutan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved