Jumaat, 5 Julai 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ilham tudung tiga gaya

Posted: 04 Jul 2013 11:14 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN

WARNA terang kosong ini satu lagi pilihan selendang yang boleh didapati di Scarf & Scent. Sesuai digaya dengan apa jua warna baju anda untuk penampilan yang lain daripada kebiasaan.

KEJELITAAN gadis Turki bukan hanya terletak pada wajah mereka semata-mata. Hijab yang melindungi rambut dan bahagian dada penambah keanggunan mereka.

Kerana itu juga, koleksi terbaru dari Scarf & Scent mengambil inspirasi gadis-gadis Turki yang mengetengahkan konsep bunga menerusi pemilihan warna-warna ceria.

Bak kata pemiliknya, Syada Abdul Rahman, motif bunga berwarna warni untuk koleksi selendang Scarf & Scent ini sinonim dengan keindahan kuntuman tulip yang menghiasi kota Istanbul.

"Ilham tudung tiga gaya pula mudah digayakan walaupun tanpa pemakaian pin. Hanya pakai anak tudung kemudian lilit.

"Material yang digunakan untuk selendang Scarf & Scent semuanya yang berkualiti tinggi dan ia boleh dilihat pada seri si pemakai.

"Selendang ini juga sesuai dipakai pada cuaca panas seperti di negara ini kerana ia amat selesa dan bergaya," ujar Syada.

Selain selendang labuh dan panjang, Scarf & Scent turut menawarkan selendang daripada fabrik sutera yang nipis dan ringan. Walaupun ia daripada material sutera, ternyata masih boleh dibentuk dan tidak licin.

Scarf & Scent turut menawarkan selendang pashmina berkualiti tinggi. Pashmina Kashmir ini lebih tebal berbanding pashmina biasa namun tetap selesa dipakai dan tidak panas.

Bagi penggemar warna terang dan selendang, Scarf & Scent memberikan pelbagai warna pilihan mengikut trend terkini. Selendang jenis ini juga amat sesuai untuk mereka yang sukakan pemilihan warna blok untuk penampilan masing-masing.

Selendang daripada material kapas dengan motif bercorak keluaran Scarf & Scent ini juga bersifat ringan dan lembut, ia mudah digaya dan si pemakai pasti kelihatan muda bergaya.

Legacy yang menawan

Posted: 04 Jul 2013 11:14 PM PDT

Pilihan warna-warna lembut yang menawan.

PENGGEMAR beg tangan khususnya yang berjenama, sentiasa peka dengan koleksi terbaru yang memasuki pasaran.

Malah sebahagiannya sentiasa mengikuti perkembangan ini kerana jenama beg popular lazimnya akan tampil dengan koleksi lama yang diperbaharui.

Bagi pengumpul beg tangan, koleksi-koleksi ini dianggap vintag kerana yang semakin lama ia semakin berharga, apatah lagi jika berpeluang menambah bilangan yang telah ada di tangan.

Terbaru, jenama terkenal dari Amerika Syarikat, Coach, memperkenalkan semula koleksi Legacy dengan diperluas dan dikemaskini dari segi rekaan baru nampak lebih bergaya dan praktikal.

Diilhamkan oleh beberapa gaya yang paling ikonik dalam arkib Coach, rekaan moden klasik ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan teras yang mewah dan unik.

Untuk kali pertama sejak pelancarannya pada musim luruh lepas, koleksi Legacy menawarkan pemilihan gaya Pinnacle, iaitu edisi khas yang direka dengan menggunakan kulit benar-benar luar biasa.

Feminin, halus dan berstruktur, reka bentuk Legacy Pinnacle mengangkat gaya segar lagi klasik ke sebuah tahap mewah yang baru.

Kulit Itali menambah kekayaan dan kedalaman reka bentuk yang mengikuti trend, sama ada timbul dengan tekstur bulu burung unta atau cantik berunsurkan alam semula jadi.

Penambahan baru untuk musim ini termasuk Legacy Pinnacle Frame Carryall, yang mempunyai struktur gaya anggun dan ditawarkan dengan warna-warna halus seperti ros dan kelabu mutiara.

Kedua-dua Triple Zip Satchel dan Lady Bag yang baru ditawarkan dalam kulit lembut, mewah serta bergaya.

Juga diperkenalkan pada musim ini Legacy Leather Satchel, rekaan klasik dengan garisan ringkas, bentuk berstruktur dan tali bahu yang boleh diceraikan bagi menambah fungsinya.

Bentuk garisan yang pada mulanya diperkenalkan musim bunga lalu telah kembali dengan warna-warna bayangan, pasir dan karang laut yang segar dan feminin.

Ini termasuk Romy Top Handle, Courtenay Hobo dan Penelope Leather Shoulder Purse, versi yang lebih besar daripada Penny Shoulder..

Siri beg-beg tote Legacy yang baru merupakan satu lagi tambahan yang ketara untuk musim ini, yang ditawarkan dalam pelbagai platform-platform kulit secara inovatif.

Tekstur elegan kulit saffiano mempunyai rupa yang mewah, bergaya pada gaya klasik Legacy Saffiano E/W Tote, beg yang sesuai untuk siang dan malam.

Profesional dan bergaya, reka bentuk ini menawarkan fungsi dan gaya praktikal dengan wajah baru yang segar.

Ia diperbaharui dengan sebuah beg tote serba guna yang mempunyai keluasan cukup untuk komputer riba MacBook atau kasut untuk disandang ke mana saja dari pejabat ke gimnasium.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved