Rabu, 26 Jun 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Lexus IS generasi ketiga dilancar

Posted: 26 Jun 2013 11:23 AM PDT

PETALING JAYA 26 Jun - Lexus Malaysia melalui UMW Toyota Motor menyasarkan untuk menjual lebih 60 buah Lexus IS, model serba baharu generasi ketiga dengan empat varian baharu yang dilancarkan di sini, malam ini.

Lexus IS serba baharu ini ditawarkan pada harga RM269,900 sehingga RM333,000 bagi kategori Lexus IS 250, termasuk bagi varian IS 250 F-SPORT.

Manakala bagi kategori IS 300h di tawarkan pada harga RM383,000.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, model baharu generasi ketiga Lexus IS itu memberi tumpuan terhadap prestasi, reka bentuk dan keselamatan.

"Dengan pelbagai ciri-ciri reka bentuk dan teknologi maju, kami percaya terdapat Lexus untuk setiap jenis pelanggan dan ia akan terus mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran Lexus IS serba baharu itu di sini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Naib Presiden, Divisyen Asia Pasifik Lexus, Toyota Motor Asia Pasifik, Paul Caroll.

Empat varian baharu Lexus IS yang dilancarkan hari ini adalah IS 250, IS 250 Luxury, IS 300h dan IS 250 F-SPORT.

Tambah Ismet, sebanyak tiga lagi pusat Lexus akan dibuka di negara ini iaitu di Ipoh, Kuching, dan Melaka pada suku keempat tahun ini.

Katanya, ini menjadikan keseluruhannya sebanyak lapan pusat Lexus di seluruh negara yang akan memenuhi peningkatan permintaan dan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan Lexus.

Model baharu IS menampilkan ciri-ciri tanda dagang Lexus yang sofistikated dengan jeriji gelendong depan.

Di bawah hudnya, Lexus IS 250 yang berpacuan roda belakang dijana oleh enjin 2.6 liter V6 yang menghamburkan kuasa maksimum 205hp@6,400rpm dan kuasa kilas 252Nm @ 4,800rpm.

Enjin ini dilengkapi dengan Transmisi Dikawal Secara Elektronik (ECT) enam kelajuan yang memiliki ciri-ciri mod turutan tukaran manual.

Bagi Lexus IS 300h pula, merupakan kenderaan hibrid penuh yang menggunakan sistem pemanduan roda belakang yang menggabungkan motor elektrik berkuasa dengan enjin baharu 2.5 liter, enjin petrol kitaran empat silinder Atkinson memaparkan sistem suntikan bahan api D-4S yang baharu, Dual VVT-i dan sistem Ekzos Edaran Semula Gas (EGR) berkecekapan tinggi.

Sistem itu menyasarkan pengeluaran karbon dioksida (CO2) di bawah 100 gram/kilometer dan purata penggunaan bahan api 20.4km/liter yang merupakan peneraju kelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved