Rabu, 26 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Doktor maut nahas

Posted: 26 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Keadaan motosikal Abd. Aziz Sabran yang hangus selepas bertembung dengan trak pikap di Kilometer 28.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah, semalam. Gambar kecil Abd. Aziz Sabran.

KUALA PILAH 26 Jun - Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah trak pikap sebelum terbakar di Kilometer 28.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini pagi ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Dr. Abd. Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, pegawai perubatan itu merupakan bapa kepada tiga orang anak dan isterinya sedang mengandung anak keempat.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai menuju ke tempat kerjanya di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.

Menurutnya, namun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan tetapi gagal lalu bertembung dengan trak pikap jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa terpelanting sejauh beberapa meter sebelum motosikalnya terbakar. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahagian badan yang lain," katanya di sini hari ini.

Jelas jurucakap itu, pemandu Ford Ranger berusia 57 tahun tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar nahas masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Suspek dera 3 beradik direman

Posted: 26 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Pasangan suami isteri yang merupakan suspek kes dera tiga orang kanak-kanak berusia tujuh, lima dan dua tahun lima bulan di Gong Badak dekat sini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman itu dikeluarkan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Rosli Ahmad di Mahkamah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan juga dikenakan sebatan.

Mereka tidak memperlihatkan sebarang reaksi dan hanya menunduk muka ketika dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Wanita itu muncul dengan lengan berbalut dipercayai akibat patah dan tompok di kepala, seakan kesan kecederaan lama.

Semalam, lelaki berusia berusia 25 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 28 tahun di sebuah rumah kos rendah di Gong Badak dekat sini, tidak jauh dari kediaman yang mereka sewa, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kedua-dua mereka yang dipercayai positif dadah jenis methampethamine itu dipercayai cuba melarikan diri bersama dua lagi kanak-kanak berusia lima dan dua tahun lima bulan.

Suspek yang bekerja sebagai buruh itu dipercayai mendera abang kepada dua kanak-kanak tersebut sehingga kritikal sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan kelaparan di rumah.

Mangsa turut mengalami kecederaan seperti dicucuh puntung rokok, dipukul, kesan melecur disimbah air panas serta lebam di bahagian mata.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 5 petang kelmarin hasil maklumat jiran yang terkejut melihatkan keadaan mangsa.

Tiga beradik itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini untuk rawatan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved