Jumaat, 26 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Projek tebatan banjir RM266j

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Makhtar Mustapha (tengah) bersama Aziz Yacub (kanan) ketika melawat projek tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 25 April - Projek tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan berharga RM266 juta yang dilaksanakan Kerajaan Pusat berjaya menyelamatkan bandar Kota Bharu daripada terus dilanda banjir akibat limpahan air sungai ketika musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata, projek yang dianggap istimewa itu merupakan projek terbesar setakat ini di negeri ini dan dijadual siap sepenuhnya hujung Jun ini.

Beliau berkata, projek itu yang dimulakan pada 2008 kini mencapai tahap pelaksanaan sebanyak 98 peratus.

"Objektif projek ini adalah menyediakan infrastruktur tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat ekoran limpahan air Sungai Kelantan di bandar Kota Bharu. Pelaksanaan projek ini memberi manfaat besar kerana banjir tidak lagi berlaku di Kota Bharu.

"Selain itu, banyak harta benda yang sebelum ini musnah dalam banjir berjaya diselamatkan dengan pelaksanaan projek ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek tersebut dengan menaiki bot bermula di Jeti Kastam di sini.

Turut mengiringi beliau, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Azis Yacub.

Menurut Makhtar, projek itu melibatkan pembinaan benteng sepanjang hampir 3.5 kilometer bermula dari Kampung Penambang hingga ke belakang Istana Kota Lama.

Projek itu merangkumi komponen utama seperti kerja membina benteng sepanjang satu kilometer di Kampung Penambang, dinding penahan banjir di Kampung China sehingga ke belakang Istana Kota Lama sejauh 2.24 kilometer, tambahan dinding konkrit, pintu air dan pembinaan 26 sistem saliran.

Dalam pada itu, beliau yang turut meninjau pelaksanaan projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra berkata, projek tersebut akan siap sepenuhnya menjelang Julai ini dengan anggaran kos sebanyak RM188 juta.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelancongan juga katanya, membina Menara Tinjau berharga RM4.8 juta yang telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk penyenggaraan dan Kompleks Kastam berharga RM5.8 juta, kedua-duanya terletak di tebing Sungai Kelantan.

"Sekarang kita telah ada bangunan hebat di tebing Sungai Kelantan. Rakyat Kelantan seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang berbelanja besar untuk membawa kemajuan di negeri ini demi kesejahteraan mereka.

"Pembinaan projek ini membuktikan Kerajaan Pusat menepati janji membawa kemajuan di negeri ini," katanya.

Pas Kelantan terus anjur majlis pecah tanah

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

KOTA BHARU 25 April - Kerajaan Pas Kelantan yang semakin dikenali dengan gelaran 'negeri pecah tanah', hari ini sekali lagi mengumumkan projek baharu kepada rakyat iaitu pembangunan bercampur Taman Iman Jaya bernilai RM30 juta di Wakaf Che Yeh di sini.

Projek berkenaan yang bakal dilaksanakan secara usaha sama antara kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan SBJ Binajaya Development Sdn. Bhd. itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Seperti biasa majlis pelancaran projek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu ketika tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 tinggal 12 hari sahaja lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, pembangunan bercampur Taman Iman Jaya itu akan dibuat di atas tapak seluas 2.738 hektar di Wakaf Che Yeh.

"Projek itu akan terdiri daripada 63 unit rumah kedai dan pejabat dua tingkat, 12 unit kedai apartmen serta 78 unit apartmen kos sederhana dan 58 unit apartmen kos rendah," katanya di sini hari ini.

Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa projek pecah tanah di seluruh negeri yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13.

Projek pecah tanah itu bermula di Bukit Merbau, Pasir Puteh apabila Nik Abdul Aziz melancarkan pembinaan sebuah stadium bertaraf olimpik membabitkan kos sebanyak RM320 juta.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved