Jumaat, 26 April 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pengalaman amat berharga sertai Ops Daulat

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (dua dari kanan) bersama Nor Syahrizal Sidek (empat dari kiri) pada Majlis Meraikan Wira Lahad Datu dan Memperkenalkan Calon BN di Dataran Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, Johor, malam semalam.

KULAIJAYA 25 April - Pengalaman menyertai Ops Daulat bukan sahaja tidak akan dilupakan seumur hidup, malah amat berharga dalam kerjaya seorang jurumeriam (alteri) Angkatan Tentera Darat (ATM), Noor Syahrizal Sidek, 22.

Berasal dari Felda Bukit Ramun di sini, pemuda berjiwa waja ini mengakui pengalaman tersebut menjadikan dia lebih kental dalam perjuangan untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

"Bertugas memberikan tembakan bantuan kepada pasukan tempur pada dua minggu pertama operasi tersebut telah banyak memberikan pengajaran kepada saya terutama tentang keselamatan, kerjasama dan pengorbanan mempertahankan negara.

"Saya amat berbangga kerana bukan semua orang berpeluang melakukan perkara ini. Tentunya segala yang dialami di sana mampu menjadikan kami lebih baik pada masa akan datang dan terus mencurahkan bakti hingga ke titisan darah terakhir," katanya.

Beliau menceritakan pengalaman menyertai Ops Daulat pada Majlis Meraikan Wira Lahad Datu dan Memperkenalkan Calon Barisan Nasional (BN) di Dataran Felda Bukit Ramun di sini malam tadi.

Yang turut hadir calon BN kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Bukit Ramun, Fatimah Abu yang merupakan "ibu angkat' kepada calon BN melahirkan rasa terharu apabila kedua-dua calon BN tersebut dicalonkan sekali untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Diiringi dengan titisan air mata, beliau mendoakan supaya kedua-dua calon tersebut beroleh kesejahteraan dan kemenangan yang lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Merakyatkan seni budaya, esok

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

JOHOR BAHRU 25 April - Orang ramai dijemput memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya yang akan diadakan di Kampung Murni Jaya, Kulaijaya di sini, Sabtu ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN) yang mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah Kulaijaya itu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang serta dijangka dirasmikan Pegawai Daerah Kulaijaya, Kamarudin Abdullah.

Turut diadakan Kenduri Rakyat yang bermula pukul 11.30 pagi di kampung berkenaan.

Pelbagai aktiviti juga dirancang untuk memeriahkan majlis itu, antaranya senam seni Malaysia, rewang masakan, pameran, demonstrasi membuat kraf tangan, pertandingan permainan tradisi, masakan tradisional Johor dan mewarna.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi jabatan berkenaan di talian 07-2231249 atau 07-2248270.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved