Jumaat, 19 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


200 penduduk kampung bantah pemaju

Posted: 19 Apr 2013 03:05 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 19 April - Lebih 200 penduduk setinggan Kampung Sungai Nibong Kecil berhimpun bagi mendesak pemaju bersemuka dengan mereka untuk berbincang sebelum membangunkan kawasan berkenaan.

Mereka berang dengan sikap pengurusan pemaju yang seolah-olah enggan berbincang sebaliknya menghantar pihak ketiga untuk menghalau penduduk terbabit yang sudah mendiami di situ sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

Wakil penduduk, Najib Abdullah berkata, lebih daripada tiga surat di hantar oleh mereka kepada pemaju untuk berbincang tetapi tidak dilayan.

Demonstrasi lebih setengah jam itu turut menuntut pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil berat masalah penduduk di situ. - UTUSAN ONLINE

RM1.4 bilion untuk program KAR1SMA tahun lalu

Posted: 19 Apr 2013 02:53 AM PDT

Oleh HAPIZAH AZIZ

RANTAU PANJANG 19 April - Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion kepada 500,000 orang penerima bantuan kebajikan masyarakat serta kumpulan sasar di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) seluruh negara pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Program Kembara KAR1SMA, Mohd. Yusri Mohd. Yusoff berkata, di bawah program itu sebanyak RM290 juta adalah untuk kanak-kanak, RM332 juta bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas (RM455 juta) dan RM303 juta pula bagi pembiayaan program kemasyarakatan peringkat komuniti.

Katanya, perlaksanaan program KAR1SMA termasuk kategori baharu iaitu bantuan kepada balu tentera dan polis melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

"Bantuan di bawah program KAR1SMA adalah merupakan usaha berterusan Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah di samping memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara,'' katanya berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan sempena Kembara KAR1SMA 2013 peringkat Parlimen Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PPA1M dapat sambutan hangat

Posted: 19 Apr 2013 02:52 AM PDT

PUTRAJAYA 19 April - Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang baru sehari dilancarkan oleh Perdana Menteri mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sambutan tersebut telah menyebabkan laman web PPj iaitu www.ppj.gov.my mengalami kesesakan yang ketara.

"Para penjawat awam boleh melayari laman web www.ppj.gov.my untuk membuat permohonan atau datang sendiri ke Pusat Khidmat Pelanggan PPj termasuk hari Sabtu dan Ahad,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan PPA1M untuk fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 di sini.

Rumah yang akan dijual berharga antara RM150,000 dan RM300,000 serta berkeluasan 1,000 hingga 1,500 kaki persegi itu akan dibina dalam beberapa fasa.

Aseh berkata, borang yang lengkap boleh dihantar ke kaunter PPA1M di Pusat Khidmat Pelanggan dan tarikh tutup permohonan bagi fasa pertama pada 18 Mei ini pukul 5 petang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 1MOCC di nombor 03-8000 8000. - UTUSAN ONLINE

ends

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved