Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Restoran Menu Rakyat cepat popular

Posted:

Restoran Menu Rakyat cepat popular

Restoran Menu Rakyat cepat popular

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian pelanggan yang kebanyakan pelajar Politeknik Melaka tidak melepaskan peluang merasa makanan Menu Rakyat 1Malaysia selepas majlis pelancaran menu tersebut di Melaka, semalam.


MELAKA 3 Nov. - Jika inginkan makanan murah pada harga berpatutan hanya restoran yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia adalah tempat yang menjadi tujuan.

Mana-mana restoran atau kedai makan tidak mampu menawarkan harga paling rendah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari melainkan yang menyertai program tersebut.

Usaha kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memperkenalkan program Menu Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara setakat ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Siapa sangka dengan hanya membayar semurah RM6, orang ramai boleh menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari di mana-mana restoran, kedai makan atau kafetaria yang menyertai program tersebut.

Pernahkah terbayang dengan hanya membayar RM2 untuk sarapan pagi, anda boleh menikmati roti telur dan teh tarik dan makan tengah hari dengan nasi, satu ketul ayam serta air limau ais hanya pada harga RM4.

Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di restoran atau kedai makan itu pastinya terkejut dengan kadar harga yang ditawarkan kerana ia tidak terdapat di tempat lain.

Program itu diadakan bagi mengurangkan bebanan rakyat terutama dalam suasana kenaikan harga barangan global ketika ini serta memudahkan mereka menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga yang cukup murah.

Bagi restoran yang menyertai program ini, mereka akan didaftarkan di bawah program Menu Rakyat 1Malaysia dan nama restoran terbabit disenaraikan di portal Pengguna 1Malaysia Bijak.

Dianggarkan 1,000 buah restoran dan kedai makan di seluruh negara menyertai program tersebut.

Di negeri ini, sebanyak 40 buah restoran di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin tidak terkecuali menyertai program tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad berkata, sejak program itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pemilik restoran di negeri ini tetapi juga di kalangan orang ramai.

Menurutnya, daripada maklum balas yang diterima daripada kesemua pengusaha restoran dan kedai makan yang menyertai program tersebut, mereka melahirkan rasa gembira kerana kedatangan orang ramai yang di luar jangkaan.

''Mereka akui walaupun margin keuntungan mungkin sedikit tetapi mereka tetap mendapat pulangan yang cukup memberangsangkan selain jualan harian turut meningkat.

''Bagi orang ramai pula rata-rata yang ditemui oleh kakitangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melahirkan rasa gembira dengan usaha kerajaan memperkenalkan program Menu Rakyat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Berkat, Plaza Pandan Malim di sini hari ini.

Ghazale berkata, orang ramai menyambut baik usaha kerajaan itu memperkenalkan program tersebut kerana ia secara tidak langsung dapat membantu golongan berpendapatan rendah menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga yang cukup murah.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sebanyak 80 premis kedai makan dan kafetaria akan menyertai program ini sehingga hujung tahun ini.

''Mana-mana restoran yang berminat secara sukarela boleh menyertai program ini kerana ia terbuka kepada semua pengusaha,"ujarnya.

Lebih penting katanya, semua pengusaha terbabit akan dibantu oleh PPDNKK untuk mempromosi premis mereka melalui laman portal 1Pengguna.com, facebook dan media massa bagi menyalurkan maklumat kepada pengguna di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, pengusaha premis tidak terkecuali untuk mematuhi peraturan untuk menjaga kebersihan dan beretika dalam menguruskan perniagaan melalui program tersebut.

Ujarnya, bahagian penguat kuasa PPDNKK akan memantau semua premis terbabit agar mematuhi arahan menyediakan sarapan dan makan tengah hari pada harga RM6.

Katanya, sebarang aduan dan pertanyaaan, orang ramai boleh menghubungi PPDNKK melalui email: e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian 06-2345822/5825 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

Sementara itu pemilik Restoran Berkat, Hamidee Khamis, 35, berkata, beliau tidak menyangka restorannya dipilih untuk menyertai program tersebut.

''Restoran saya dipilih oleh PPDNKK kerana makanan yang dijual di sini pada harga yang berpatutan selain soal faktor kebersihan premis ini," ujarnya.

Menurutnya, sejak menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia, restoran ini dikunjungi orang ramai dan boleh dikatakan menjadi sesak pada waktu tengah hari.

Usaha kerajaan itu katanya, disifatkan sebagai langkah yang tepat kerana ia secara tidak langsung dapat membantu peniaga meningkatkan hasil jualan berbanding sebelum ini.

''Saya rasa syukur program ini banyak membantu saya meningkatkan pendapatan harian walaupun harga sarapan pagi hanya RM2 dan makan tengah RM4, tetapi pulangan cukup memberangsangkan," ujarnya.

Katanya, pihaknya menawarkan 5 pakej sarapan pagi pada harga RM2 iaitu kuih dua set, roti kosong, roti telur, roti bakar, mi, kuetiau dan bihun goreng dengan dua minuman pilihan teh tarik atau kopi.

Bagi makan tengah hari pula menawarkan dua pakej iaitu nasi, sayur, ikan goreng dan kuah manakala bagi pakej kedua pula dengan nasi, sayur dan satu ketul ayam bersama tiga minuman pilihan iaitu air limau ais, bandung atau jagung.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar lega dapat atur belanja harian

Posted:

Pelajar lega dapat atur belanja harian

Pelajar lega dapat atur belanja harian


Pemilik Restoran Berkat, Hamidee Khamis memastikan lauk cukup untuk pelanggan yang memilih Menu Rakyat 1Malaysia di Plaza Pandan Malim, Melaka, semalam.


MELAKA 3 Nov. - Orang ramai menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan program Menu Rakyat 1Malaysia kerana ia dapat meringankan beban perbelanjaan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.

Mereka berpendapat program itu dapat membantu para pengguna mengatur perbelanjaan seharian khususnya bagi golongan pelajar dan masyarakat yang berpendapatan rendah.

Seorang pelajar jurusan perakaunan Politeknik Mara di Plaza Pandan Malim, Andik Nur Faiqah, 18, berkata, melalui program Menu Rakyat 1Malaysia disertai restoran atau premis kedai makan, dia telah dapat mengatur dan menjimatkan perbelanjaan harian.

''Kalau dulu saya terpaksa berbelanja antara RM8 hingga RM12 untuk sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi sekarang saya hanya perlu membayar RM6 untuk itu.

''Secara tidak langsung wang lebihan perbelanjaan harian itu dapat saya gunakan untuk membeli buku dan pelbagai barang belajar yang lain," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Berkat di sini hari ini.

Bagi Mohamad Faiz Azmuddin, 18, juga dalam jurusan perakaunan berkata, premis yang menyertai program itu secara tidak langsung dapat membantu meringankan perbelanjaan harian bagi golongan pelajar.

''Saya sendiri tidak menyangka hanya berbelanja sebanyak RM2, saya boleh menikmati sarapan pagi dengan banyak pilihan sama ada roti canai atau roti telur atau mi goreng dengan secawan teh atau kopi," katanya.

Begitu juga bagi makan tengah hari ujarnya, dia hanya berbelanja sebanyak RM4 untuk nasi, sayur, ikan goreng atau seketul ayam goreng.

''Harga ini amat murah berbanding premis makanan lain dan bagi kami pelajar di sini memang menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan program ini," katanya.

Bagi seorang lagi pelajar dalam jurusan perniagaan di politeknik yang sama, Muhammad Amiri Baharom, 18, pula berkata, dia kini dapat mengatur perbelanjaan harian dengan lebih berhemah.

''Saya tidak perlu berbelanja besar untuk sarapan dan makan tengah hari. Dengan hanya RM6 saya boleh nikmati semua itu," katanya.

Lebihan daripada wang perbelanjaan harian katanya, dapat digunakan untuk membeli buku dan sebahagiannya boleh disimpan jika berlaku sebarang kecemasan.

Full content generated by Get Full RSS.

JPJ lelong 25 kenderaan

Posted:

JPJ lelong 25 kenderaan

JPJ lelong 25 kenderaan

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my


GELAGAT pembida meninjau kenderaan yang diminati sebelum mengemukakan pembidaan untuk membeli kenderaan yang dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Katil, Melaka, kelmarin.


MELAKA 3 Nov. - Sebanyak 25 buah kenderaan yang tidak dituntut setelah disita atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, hasil lelongan awam tersebut, pihaknya berjaya mengutip sejumlah RM37,630 hasil.

Menurut beliau, semua kenderaan yang dilelong adalah 14 buah motosikal, lapan buah kereta serta masing- masing sebuah van, jip dan lori kecil.

"Lelongan dibuat setelah kenderaan itu tidak dituntut oleh pemilik walaupun JPJ telah memaklumkan kenderaan itu boleh dituntut dalam tempoh tiga bulan selepas ia disita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis lelongan awam kenderaan sita JPJ di Bukit Katil di sini semalam.

Program selama dua jam bermula pukul 9 pagi itu turut disertai beberapa agensi lain antaranya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Jabatan Audit Negara Melaka.

Menurut Mohd. Fadhil, antara kesalahan membabitkan kenderaan itu adalah pemandunya tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan selain kesalahan teknikal termasuk ubah suai pada enjin dan casis.

"Lelongan terpaksa dibuat kerana ruang simpanan kenderaan kini terhad dan tidak boleh menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved