Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pop art abstrak moden

Posted:

Pop art abstrak moden

Pop art abstrak moden

rekreasi@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


WARNA banyak memainkan peranan penting dalam penghasilkan karya berkonsepkan Pop Art.


Jika dibandingkan dengan konsep kesenian lain, karya Pop Art nampak lebih segar dengan penggunaan imej yang lebih catchy.

Daripada perspektif seni halus, unsur kesenian itu mula mendapat perhatian sekitar pertengahan 1950. Ia bagaikan mencabar unsur seni lain kerana kebanyakan iklan pada masa itu turut menggunakan konsep tersebut sehingga hari ini.

Unsur seni 'Pop Art' juga sering mendapat perhatian media massa dengan meluas sehingga ia ditafsir sebagai tindak balas kepada idea-idea dominan, ekspresionisme dan abstrak.

Minat yang mendalam terhadap konsep kesenian tersebut membuatkan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arif Fauzan Othman menerokai unsur seni itu.

Konsep lama tampak segar

Ketika ditemui S3, Arif memberitahu, walaupun konsep Pop Art sudah lama digunakan tetapi ia masih digemari kerana ia boleh disesuaikan mengikut peredaran zaman.

"Saya mula berminat dengan konsep Pop Art sejak di bangku sekolah dan mula mencuba untuk menghasilkan lukisan menggunakan konsep ini secara berperingkat.

"Dari situ saya menimba pengalaman secara tidak sedar dan ia banyak membantu saya menghasilkan imej dan gaya stroke yang tersendiri," katanya.

Menurutnya, penghasilan karya Pop Art sentiasa diselitkan dengan gambaran figuratif.

"Apabila menggunakan konsep Pop Art, artis itu pasti akan menitik beratkan terhadap gambaran imej figuratif sehingga mereka yang melihatnya pasti tertanya-tanya mengenai siapakah insan di sebalik karya tersebut.

"Sebab itu, saya cuba untuk mencipta kelainan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya, menggunakan gambaran wajah sendiri kerana ia memudahkan penceritaan karya tersebut bergerak untuk dihayati," jelasnya.

Bagi Arif, sesebuah karya perlu direalisasikan dengan kesan yang boleh ditonjol berdasarkan imej seperti karya catatan yang lain.

"Imej merupakan bahasa visual. Sebab itu seseorang pelukis perlu mengetahui hala tuju haluan yang dibawanya kerana dunia seni hari ini semakin berkembang pesat dengan pelbagai kaedah dan konsep kesenian yang boleh digunakan.

"Bagi saya, kaedah 'try and error' membolehkan saya menghasilkan sesuatu karya yang menarik kerana jika saya tidak berpuas hati dengan hasil karya itu, saya masih boleh menjadikannya sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved