Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Songsang, bertentangan Islam

Posted:

Songsang, bertentangan Islam

Songsang, bertentangan Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bertanya sesuatu kepada sebahagian guru-guru dari luar negara yang mengajar Bahasa Inggeris pada Majlis Dengan Guru-Guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Penganjuran Program Seksualiti 2011 yang mempromosikan seks bebas jelas merupakan satu program songsang yang bertentangan dengan Islam selain berlawanan dengan adat resam serta tata susila masyarakat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi dan menerima prinsip- prinsip hak asasi, ia bukan bermakna kebebasan yang diterima pakai di negara ini tidak terbatas hingga ke peringkat membenarkan amalan hubungan sejenis.

Beliau berkata, atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan undang- undang yang memperuntukkan perbuatan seks luar tabie seperti meliwat adalah satu kesalahan jenayah kerana jelas ia melanggari norma kehidupan seorang manusia.

''Meskipun kita menerima hak asasi manusia, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan undang-undang. Kita juga ada agama. Kita juga ada nilai-nilai budaya. Negara kita mempunyai batas dan asas-asas pertimbangan yang harus diambil kira.

''Lunas-lunas syariah juga telah meletakkan hukuman ke atas perbuatan-perbuatan seperti ini. Saya tidak tahu mengapa mereka membuat promosi sebegitu? Adakah mereka mempunyai muslihat politik?'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bersama Guru-guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Bagaimanapun penganjuran program tersebut mendapat bantahan keras daripada pelbagai NGO, parti politik serta pertubuhan agama yang menyifatkan program tersebut jijik dan keji.

Dalam konteks parti pula Muhyiddin berkata, UMNO berpandangan penganjuran program seksualiti itu bukan sahaja tidak boleh diterima malah langsung tidak memberi sebarang faedah.

''Saya cukup yakin rakyat Malaysia mempunyai penilaian sewajarnya tentang perkara ini. Perbuatan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan tidak memberi sebarang keuntungan. Ia hanya satu program yang membuang masa.

''Apa yang lebih penting program ini jelas tidak selari dengan Islam dan bertentangan dengan adab resam dan budaya masyarakat kita. Bahkan agama lain seperti penganut Kristian turut sama menentang,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan tujuan penganjur program itu adalah untuk menunjukkan mereka selari dengan amalan hak asasi manusia berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa.

''Sekali lagi saya nyatakan Malaysia mempunyai nilai, sistem dan agama dan oleh sebab itu penganjuran program berkenaan tidak sesuai langsung. Saya tidak tahu apa faedahnya,'' katanya.

Ditanya sama ada wajar kerajaan menghentikan program tersebut beliau berkata, itu adalah hak mereka.

''Tetapi sebagai rakyat, kita harus berfikir apakah kebaikan daripada kegiatan seumpama itu,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Disifatkan syirik, murtad

Posted:

Disifatkan syirik, murtad

Disifatkan syirik, murtad

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.

Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Umat Islam jangan terlibat Seksualiti Merdeka

Posted:

Umat Islam jangan terlibat Seksualiti Merdeka

Umat Islam jangan terlibat Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) menasihatkan umat Islam mengelak daripada menyertai program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas kerana menyifatkannya sebagai haram di sisi agama.

Pengerusinya, Dr. Aznan Hasan berkata, Islam adalah agama fitrah yang memberi keadilan dan kebebasan kepada semua pihak tanpa mengira jantina namun kebebasan itu mestilah bersendikan neraca dan prinsip agama yang tidak berasaskan logik akal semata-mata, sebaliknya haruslah dipandu oleh wahyu.

Katanya, sesuatu kebebasan itu bukanlah bersifat mutlak tetapi mestilah berteraskan keadilan sejagat yang bermatlamatkan memberi maslahah kepada manusia dan menolak sebarang kerosakan kepada kehidupan mereka.

''Penafsiran kesaksamaan gender haruslah dirujuk berasaskan nilai agama dan budaya ketimuran yang amat menekankan adab sopan dan tata susila. Budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan budaya songsang yang masuk ke negara kita dan menyalahi norma kehidupan masyarakat dan agama.

''Justeru, kerajaan selaku ejen penguat kuasa hendaklah menghalang sebarang aktiviti seperti itu dan pada masa sama peka terhadap aktiviti songsang dalam masyarakat," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya menuntut kepimpinan Majlis Peguam meletakkan jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral yang bercanggah dengan Perlembagaan.

Katanya, Pembela memandang serius usaha kumpulan itu yang mahu mengetengahkan hak LGBT sebagai hak asasi manusia di negara ini yang pasti mewujudkan kontroversi ekoran budaya dan gaya hidup Barat dalam isu LGBT ditolak di Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi.

Tegas beliau, Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukan Perlembagaan dan ia tidak boleh dilihat sebagai satu penderaan dan ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat.

''Kami tidak melihat undang-undang Islam yang wujud di negara ini mengenai perlakuan seks sebagai zalim kerana mereka yang melakukan perlanggaran terhadap undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, program Seksualiti Merdeka jelas tidak bertamadun dan tersasar daripada norma setiap manusia dengan meletakkan manusia lebih hina daripada haiwan.

Tambahnya, tiada kebebasan mutlak dalam mana-mana negara di dunia.

''Bahkan, penganjur program itu dengan jelas menyalahi undang- undang negara melarang hubungan luar tabie,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved