Sabtu, 19 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sasar 800 rumah PPRT

Posted:

Sasar 800 rumah PPRT

Sasar 800 rumah PPRT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Shafie Apdal berkain batik (kanan) menyertai futsal pada Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Taman Wetland, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 19 Nov. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin mampu mencapai sasaran membina 800 rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehingga kini 400 rumah PPRT sudah siap dibina dan telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara termasuk Orang Asli.

Beliau berkata, berdasarkan kedudukan semasa, kementerian yakin mampu menyiapkan 800 rumah PPRT menjelang akhir tahun ini bagi mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

"Antara faktor utama yang menyebabkan rumah PPRT cepat dibina ialah kerana kementerian menggunakan teknologi terkini dalam pembinaan rumah iaitu mengunakan Sistem Binaan Berindustri (IBF) atau lebih dikenali sebagai teknik pasang siap," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Keluarga kementerian di Padang Semarak, Taman Wetland yang disertai kira-kira 3,000 kakitangan kementerian bersama ahli keluarga masing-masing.

Mohd. Shafie mahu Kementerian Kerja Raya memastikan bekalan IBF sentiasa mencukupi dan harganya sentiasa terkawal seperti mana yang dijanjikan agar rumah PPRT mampu dibina dalam tempoh ditetapkan.

Full content generated by Get Full RSS.

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

Posted:

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seramai 200 kanak-kanak dari seluruh negara memanfaatkan cuti sekolah yang bermula hari ini dengan menyertai aktiviti berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara di sini.

Peserta paling muda program berkenaan, Mohd. Lokman Jaafar, 5, berkata, tidak timbul perasaan takut atau gementar untuk berkhatan bersama-sama peserta lain.

"Saya merasa teruja untuk berkhatan biarpun ia merupakan cadangan daripada ayah yang mahu saya berkhatan awal.

"Malah, saya juga dijanjikan oleh ayah untuk dibelikan alat permainan sekiranya bersetuju untuk menyertai program ini," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, pasangan kembar dari Sungai Besi, di sini, Muhammad Akif Fahmi Atan dan adiknya Muhammad Arif, 10, mengakui mereka berasa sedikit gementar untuk berkhatan menggunakan kaedah Smart Klamp itu.

"Perasaan takut memang ada tetapi apabila melihat kawan-kawan lain, ia sedikit hilang," kata mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Ansarullah Hashim berkata, jumlah peserta meningkat dari setahun ke setahun sejak program itu diadakan.

"Selain musim cuti persekolahan, program ini menggunakan kaedah terkini yang lebih cepat dan mudah," ujarnya.

Program tahunan yang diadakan sejak 1993 itu mendapat kerjasama Wawasan Medik Sdn. Bhd.

Full content generated by Get Full RSS.

Selangor takut ditolak rakyat

Posted:

Selangor takut ditolak rakyat

Selangor takut ditolak rakyat

PUTRAJAYA 19 Nov. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan takut dan tidak yakin untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru berikutan keengganannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keengganan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian membuktikan beliau kurang yakin dengan jentera parti itu yang kini ditolak oleh rakyat.

"Jika Kerajaan PKR Selangor tidak bubar serentak dengan kerajaan Pusat, saya percaya ia akan membebankan lagi rakyat terutama yang tinggal di luar Selangor.

"Kita sedar mereka mempunyai hak untuk bubar DUN atau tidak, namun jika mengikut tradisi negara ini, jika kerajaan Pusat bubar, semestinya kerajaan negeri akan mengikut langkah sama," katanya kepada pemberita pada Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Padang Semarak, Taman Wetland di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved