Sabtu, 19 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pil kuda gagal diseludup

Posted:

Pil kuda gagal diseludup

Pil kuda gagal diseludup

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
pengarang@utusan.com.my

RANTAU PANJANG 19 Nov. - Pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan menumpaskan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup masuk 8.6 kilogram pil kuda dianggarkan bernilai RM600,000 di Pangkalan Haram Gergaji dekat sini, semalam.

Rampasan dilakukan semasa anggota pasukan berkenaan menjalankan rondaan di kawasan itu pukul 6.10 petang.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 itu, Mejar Mohd. Nadzri Ismail berkata, anggotanya ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan membawa sebuah kotak bertulisan bahasa Thailand.

"Sebaik sahaja melihat kelibat anggota kami melakukan rondaan, lelaki itu terus membuang kotak tersebut dan melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi 14 bungkusan mengandungi dadah berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Sasaran Penting 8 Briged dekat sini, hari ini.

Menurutnya, bungkusan tersebut diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan bagi memastikan negara bebas daripada kegiatan penyeludupan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

Posted:

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

KUANTAN 19 Nov. - Bumbung beberapa buah kedai di Jalan Bukit Ubi di sini rosak diterbangkan angin, berpunca daripada sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang terbang rendah di kawasan tersebut, hari ini.

Turut rosak papan-papan tanda selain lima buah motosikal di hadapan premis itu yang terbalik.

Kejadian berlaku pukul 1 petang itu turut menggemparkan kira-kira 15 pelanggan dan peniaga yang menyaksikan pesawat tersebut terbang rendah dan seolah-olah mahu terhempas.

Pesawat itu kemudian melakukan pendaratan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini yang terletak berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi di sini.

Pemilik kedai alat ganti motosikal, Ta Kuan Yew, 40, berkata, semasa kejadian, dia melayan pelanggan di kedainya sebelum terdengar bunyi deruman dan angin kuat dari atas bumbung premisnya.

"Panik dengan bunyi deruman dan tiupan angin kuat itu, pelanggan saya bertempiaran lari masuk ke dalam kedai.

"Pada masa sama, lima motosikal yang diletakkan di depan kedai saya terbalik dan dahan pokok turut patah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilik kedai peralatan menjual alatan sembahyang, Ng Ah Noi, 50, berkata, dia melihat pekerjanya berlari masuk ke dalam kedai dan terdengar bunyi objek diterbangkan dari atas bumbung premisnya.

"Papan tanda perniagaan yang dipasang di kedai terjatuh kerana tempias angin kuat pesawat itu," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, pihaknya menerima lima aduan kerosakan premis perniagaan ekoran kejadian tersebut.

"Saya sudah maklumkan perkara itu kepada pihak Bomba dan mereka bersedia membayar ganti rugi kepada peniaga terbabit. Mereka akan melakukan siasatan sebelum tindakan diambil," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved