Sabtu, 19 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


UTM tawar Diploma Sains Halal

Posted:

UTM tawar Diploma Sains Halal

UTM tawar Diploma Sains Halal

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my


Azlan Abdul Rahman (tengah) bersama wakil organisasi selepas majlis menandatangani surat kerjasama antara UTM dan enam organisasi di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sebagai langkah merealisasikan hasrat Malaysia sebuah hab halal global, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah dengan menawarkan Diploma Eksekutif Pengurusan Sains Halal dan Keusahawanan kepada orang ramai mulai pertengahan tahun depan.

Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman berkata, program tersebut bertujuan mengembangkan lagi disiplin sains halal yang merangkumi bidang sains, keusahawanan, kewangan, perbankan, perundangan, pengurusan dan fiqh Islam.

Beliau berkata, program itu dilihat sebagai satu langkah pengembangan kepada dua program sedia ada yang ditawarkan Fakulti Tamadun Islam (FTI) sejak tahun 2010 iaitu Sarjana Sains Halal dan Doktor Falsafah (Fiqh Sains dan Teknologi).

"Bagi kemasukan pertama, pihak kami hanya akan mengambil penuntut dalam kuantiti sedikit iaitu 30 hingga 40 orang dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Mereka akan mengikuti pengajian ini antara enam bulan hingga setahun.

"Dengan kewujudan program ini diharapkan dapat menghasilkan lebih ramai graduan yang berlatar belakang industri dan Fiqh Islam seterusnya memenuhi keperluan pasaran industri halal," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani surat kerjasama di antara UTM dan enam organisasi lain, di sini semalam.

Azlan menandatangani surat persetujuan itu bagi pihak UTM, manakala International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) diwakili oleh Prof. Datuk Dr. Osman Bakar; Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Mohamad Alayuddin Che Hassan dan Halal Product Research Institute Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Shuhaimi Abdul Rahman.

Turut menandatangani surat tersebut adalah, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tambah Azlan, program tersebut menjurus kepada gabungan antara teori dan praktikal secara terus menerusi kerjasama dengan badan-badan yang terlibat.

"Menerusi kerjasama ini semua pihak terlibat bersetuju untuk bertukar maklumat dan penerbitan, berkerjasama dalam program pengajaran dan penyelidikan, menganjurkan seminar, bengkel dan mengadakan usaha sama dalam program latihan kakitangan akademik," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A

Posted:

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A


SeBAHAGIAN 83 murid yang mendapat 5A bersorak gembira setelah menerima keputusan UPSR 2011 di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (SKBU 2) yang merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) muncul sekolah mempunyai calon paling ramai mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini untuk tempoh sembilan tahun berturut- turut.

Guru Besar SKBU 2, Fuziah Hassan berkata, seramai 83 daripada 263 murid tahun enam yang menduduki peperiksaan itu mencatatkan keputusan cemerlang UPSR.

"Kejayaan yang diperolehi hasil usaha gigih dan komitmen calon, seluruh warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu demi kejayaan anak-anak.

"Secara jujur saya katakan walaupun jumlah 5A tertinggi di negeri ini namun kami masih tidak berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh kerana jika dibandingkan tahun lalu jumlah mendapat 5A ialah 91 orang dan pada 2009 seramai 105 orang," katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR di sekolah itu semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Yang Dipertua PIBG SKBU 2, Zarin Saniman.

Jelas Fuziah, mulai bulan ini pihaknya akan menyasarkan murid tahun lima dengan perhatian khusus agar persediaan dibuat dari sekarang demi mencapai penanda aras 120 murid mendapat 5A.

Sementara itu Adam ketika berucap pada majlis itu mahukan kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah tersebut wajar dipertingkatkan kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat ibu bapa dan masyarakat setempat.

"Semangat kerjasama dan hubungan harmoni antara warga sekolah khususnya guru, murid dan ibu bapa harus dipupuk secara berterusan kerana kaedah ini boleh melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah kokurikulum," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved