Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cipta lagu dari Transformers

Posted:

Cipta lagu dari Transformers

Cipta lagu dari Transformers

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto ZAKARIA IDRIS

MUHAMMAD Ridzuan ada banyak alasan untuk mengumpul lebih 450 barang permainan animasi Transformers sejak zaman persekolahan lagi.

Baginya, koleksi kesayangan itu membantu menjana idea terutama dalam membuat keputusan harian secara logik.

Memang kedengaran agak lucu tetapi kebenarannya terserah kerana hampir kesemua permasalahan diselesaikan selepas merenung tajam koleksi peribadinya itu.

Pengarah seni kreatif di sebuah syarikat pengiklanan ini juga mengakui ilham yang diperoleh bukan calang-calang dan berguna buat dirinya untuk terus berkarya dalam bidang seni grafik.

Malah gabungan ilham dan kepakaran Ridzuan digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan projek Digital Diorama iaitu karya peribadinya yang tercipta hasil manipulasi foto.

Maka lahirlah cantuman foto digital biasa dan mana-mana animasi yang setanding dengan grafik pereka seni antarabangsa.

"Syukur alhamdulillah kalau tidak kerana ibu bapa (Ismail Che Husein dan Siti Rohani Kasiran) membelikan permainan Transformers, saya tak tahu apa pekerjaan saya sekarang," katanya mengimbas kenangan lalu.

Ridzuan juga bertuah kerana berkongsi minat dengan adik beradiknya yang lain iaitu Muhammad Haikal, 37 selain adik keempatnya Muhammad Ammar yang turut meminati kartun aksi Kamen Rider.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, minatnya itu bukan bermakna dia sengaja mengagungkan animasi tersebut. Sebaliknya, kata Ridzuan, koleksinya itu digunakan ketika bergiat aktif dalam dunia seni pada 2002 di mana dia merupakan penyanyi utama kumpulan Quest yang popular dengan lagu Jiwa Terbakar di bawah label Luncai Emas.

Katanya, bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh koleksi bersiri yang bermula dari jenis G1 sehingga R1 itu secara tak langsung memberikan ilham buatnya untuk menghasilkan lagu.

Sehingga hari ini, dia sudah mencipta lebih 30 lagu yang bakal disalurkan kepada penyanyi tempatan yang berminat menggunakan kepakarannya.

Full content generated by Get Full RSS.

Prinsip hidup Zahirah

Posted:

Prinsip hidup Zahirah

Prinsip hidup Zahirah


Gambar Ihsan HASIF RAHMAN


Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, major Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia ini minat mendengar lagu dan menyertai aktiviti seni budaya.

Walaupun berimej Muslimah, Zahirah sering meluangkan masa mendengar lagu sambil melakukan aktiviti seharian.

"Saya juga sangat meminati bidang seni budaya. Di universiti, saya merupakan pelajar yang aktif dalam bidang teater dan pengurusan serta pengacaraan majlis.

``Sekiranya ada masa terluang, saya akan terlibat menjayakan pelbagai aktiviti seni dan menonton teater atau wayang," ujar Zahirah yang minat membaca buku.

Ilmu

Sempena sambutan Maal Hijrah pada hari ini, Zahirah berpendapat Muslimah kini perlu dipandang tinggi bukan pada rupa, juga bukan pada cara dia bergaya, tetapi biarlah kepada ilmu dan akhlak yang dimiliki.

Baginya, peluang serta kebolehan Muslimah dalam pelbagai bidang tidak perlu dihadkan.

"Walaupun lemah-lembut memang sifat semulajadi seorang wanita tetapi jangan sesekali membuatkan masyarakat berfikir bahawa itulah kelemahan kita.

`` Wanita mempunyai kekuatan tersendiri kerana tangan seorang wanitalah penentu siapa anak-anaknya suatu hari nanti.

``Ibarat kata - kata pujangga tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia," katanya suka meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga, berjalan-jalan dan berbual apabila stres.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved