Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Resipi Badai Semalam

Posted:

Resipi Badai Semalam

Resipi Badai Semalam


AARON Aziz dan Erra dalam babak teater Badai Semalam.


TEATER Badai Semalam telah pun habis. Teater ini mencatatkan rekod bersejarah dalam teater di Istana Budaya. Dengan tidak ada syarikat korporat yang beli tiket secara "block" Badai Semalam catat menonton sebanyak 18,000 orang. Sekali lagi 18,000 okey. Bukan 8,000 orang. Ini yang membanggakan kerana teater ini ditonton oleh penonton, bukan ditonton oleh kerusi yang nombornya telah dijual, tapi orangnya tak ada.

Joyah menonton Badai Semalam sebanyak tiga kali. Itu pun rasanya kalau sambung lagi Joyah nak menonton lagi. Hebat sangat. Khabarnya kutipan tiket Badai Semalam RM800,000. Bagi Siti Badai Semalam sapu bersih rekod teater lain yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Memang layak pun, tak perlu dipertikai.

Joyah rasa resipi Badai Semalam menepati selera penonton. Faktor kekuatan Badai Semalam adaptasi novel karya Khadijah Hashim menarik penonton. Ini tak ada pada teater lain di Istana Budaya. Ceritanya yang popular kalangan penonton terutama generasi usia 40-an ke atas, cerita tentang sekitar masyarakat. Penonton tak peduli west end, mereka mahu kisah masyarakat. Satu lagi faktornya ia dilakonkan oleh artis popular. Siapa tak minat Erra Fazira?

Joyah rasalah penonton kita dah bosan dengan cerita-cerita yang tak berjejak di bumi nyata. Atau kisah-kisah yang tak ada dalam masyarakat Malaysia terutama Melayu. Bukan tak boleh buat tapi buat sendiri tonton sendirilah. Hanya gah di surat khabar saja tapi panggung kosong. Kita tak mahu macam tu. Tapi bab pelakon utama wanita, kita kena akui Erra Fazira sangat popular. Pengarah tak boleh ambil yang tak sesuai kerana kroni dan sebagainya. Dalam Badai Semalam benda-benda macam ini tak ada. Tak ada orang yang kemaruk nak berlakon padahal tak sesuai pun dengan wataknya.

Faktor lain Badai Semalam bukan muzikal. Penonton kita dah bosan agaknya dengan teater muzikal. Joyah fikir rekod teater di Istana Budaya dipegang oleh Badai Semalam. Rekod penonton, kutipan dan kualiti. Rekod kos termahal tak ada dalam kriteria teater yang hebat. Jadi tak perlulah dipegang oleh Badai Semalam. Rekod itu bagi teater lainlah yang pegang.

Joyah ucap tahniah kepada Ketua Pengarah Istana Budaya, Abang Joe. Kalau Natrah boleh ulang pementasan, takkan Badai Semalam tak boleh kot? Opps, mana boleh banding Natrah dengan Badai Semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Sejarah 'kelakar' AIM

Posted:

Sejarah 'kelakar' AIM

Sejarah 'kelakar' AIM


Bicara artis di Twitter


AH bagi hadiah dekat orang lepas tu tarik balik. Memang buruk siku betullah diaorang ni, kan? Bukan kecil-kecil punya majlis tapi hampir ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi tup-tup Khamis lepas, anugerah Lagu Terbaik untuk Penakut ditarik balik dan disampaikan kepada Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain.

Joyah anggap ini adalah satu hal yang paling kelakar akan dikenang dalam sejarah industri kita. Bukan soal layak atau tidak lagu tu menang tapi soal kredibiliti Persatuan Rakaman Industri Malaysia (RIM) dan syarikat Ernst & Young yang terlibat dalam penjurian.

Alasan mereka wakil daripada Ernst & Young yang salah kira. Ini bukan kes kecil, bukan anugerah di sekolah menengah untuk acara pakaian beragam terbaik yang kononnya paling berprestij yang kita ada.

Sudahlah sebelum AIM berlangsung lagi ramai yang dah ugut nak boikot. Bila jadi macam ni langsung orang terus tawar hati nak masuk bertanding lagi. Soal macam ni memang tak boleh buat main-main sebab ini kes besar.

Joyah melihat kredibiliti RIM dan Ernst & Young memang tercalar habis. Mengaku bersalah bukan bermakna seratus peratus mereka jujur. Mengaku bersalah dalam hal macam ni ibarat menepuk air dalam daun keladi, terpercik muka sendiri.

Lagu Penakut sebelum ini diiktiraf sebagai lagu terbaik walaupun tidak menang dalam mana-mana kategori. Alasan penganjur ketika itu ialah orang berlainan yang menilai setiap kategori.

Tup-tup bila ramai yang mempertikai perkara tersebut, terus sahaja tarik balik anugerah tu dengan alasan salah perkiraan dan selayaknya Sedetik Lebih yang menang.

Habis macam mana pula dengan Yuna? Memang ramai yang puji Yuna sangat profesional dalam menangani masalah ini. Dia datang ke sidang media untuk memperbetulkan keputusan yang dibuat dengan hati terbuka, masih mampu tersenyum lebar walaupun mengakui dia agak kecewa.

Yuna memang bagus, kalau perkara ni berlaku pada Joyah, memang Joyah pulang balik kesemua trofi pada penganjur

Apalah sangat makna sebuah anugerah kalau harga diri diri kita dicampak-campak ke hulu ke hilir dengan sesuka hati,kan? Dalam hal ini Yuna dah membuktikan yang dia memang ada harga diri yang tinggi. Syabas Yuna.

Joyah harap tahun depan ada muka lain yang akan terlibat dalam pengajuran AIM. Mana-mana pihak yang berasa sudah tidak ada kemampuan tu, tu sila undur diri dan beri sajalah tanggungjawab kepada yang lebih layak!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved