Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


MBJB pantau masalah restoran

Posted:

MBJB pantau masalah restoran

MBJB pantau masalah restoran

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 25 Nov. - Pengusaha restoran di kawasan bandar raya diingatkan supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) termasuk tidak meletakkan kerusi dan meja makan di tempat letak kereta.

Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, ini kerana sepanjang Oktober lalu sebanyak 260 restoran dikenakan notis atas kesalahan meletak kerusi dan meja di tempat letak kereta awam tanpa permit MBJB.

"Kebenaran untuk meletakkan kerusi dan meja makan sesebuah restoran di kawasan letak kereta diberikan setelah MBJB meneliti beberapa perkara termasuk lokasi perniagaan dan aliran trafik jalan tersebut.

"Kita tidak akan mengeluarkan permit sekiranya kawasan tersebut mempunyai aliran trafik yang sibuk dan boleh membahayakan pelanggan yang makan di situ.

Sehubungan itu, pengusaha restoran diharap mematuhi segala peraturan," katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB di sini hari ini.

Dalam pada itu, berkenaan ah long, Burhan berkata, sepanjang Oktober juga, pihaknya menurunkan 6,495 unit iklan ah long seluruh kawasan MBJB.

Ujarnya, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tindakan demi tindakan penguatkuasaan akan diambil termasuk menurunkan iklan tanpa permit itu.

MBJB juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menampal atau menggantung iklan haram di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBJB) 2003.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Full content generated by Get Full RSS.

5,000 kunjungi ekspo pada hari pembukaan

Posted:

5,000 kunjungi ekspo pada hari pembukaan

5,000 kunjungi ekspo pada hari pembukaan


Sebahagian pengunjung mula melawat gerai-gerai pameran pada Ekspo Agro & Makanan Johor 2011 di Pusat Ternakan Moden, Ayer Hitam, Kluang, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


KLUANG 25 Nov. - Kira-kira 5,000 pengunjung membanjiri tapak Ekspo Agro dan Makanan Johor 2011 seawal pukul 9 pagi pada hari pertama pembukaannya yang diadakan di Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam di sini hari ini.

Pengurus Acara EAMJ 2011, Zulkifli Naim berkata, pelbagai jenis pameran, jualan dan demonstrasi akan diadakan di 200 khemah sepanjang empat hari ekspo berlangsung dengan perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman esok manakala penutup oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"Unutk ekspo yang diadakan buat kali kedua ini, kerajaan negeri telah melantik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) sebagai pengurus acara. Kami berpuas hati dengan persiapan dilakukan dan peserta yang menyewa khemah serta penganjur memberikan kerjasama baik.

"Berdasarkan pengamatan, semua bekerja keras untuk mempamer produk-produk masing-masing kerana mereka menyedari ini merupakan platform terbaik untuk mempromosikan produk dalam skala besar," katanya hari ini.

Jelas Zulkifli, jumlah pengunjung hari ini merupakan petanda jelas penganjuran ekspo berprestij oleh kerajaan negeri setiap dua tahun sekali itu memang dinanti-nantikan segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri ini.

Katanya, antara khemah yang mendapat sambutan hangat ialah A-49 milik Sofian Md. Yusof yang menjual baja penyubur tanah bebas toksik yang menggunakan jenama 'taaveekun' (membawa maksud berganda dalam bahasa Thailand).

Menurut Zulkifli, menerusi pameran dan jualan itu Sofian berjaya membuktikan kepada orang ramai pokok cili api jenis sentil yang menggunakan baja itu berjaya menghasilkan buah lebih daripada 200 peratus.

"Antara tujuan penganjuran ekspo ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam arus pembangunan pertanian di negeri ini.

"Kami juga yakin ekspo ini berjaya menarik perhatian umum dan masyarakat setempat kerana selain pameran oleh agensi dan jabatan, mereka juga akan mempamerkan maklumat berkaitan Rancangan Permulaan Projek (EPP) masing-masing," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved