Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Temasya Pantai Timur 2011 meriah

Posted:

Temasya Pantai Timur 2011 meriah

Temasya Pantai Timur 2011 meriah

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Shafik Fauzan Sharif (kanan) dan Abdul Ghaffar A. Tambi meletakkan simbol 1Malaysia semasa perasmian Temasya Pantai Timur 2011 di Dataran Pekan, Pahang, malam kelmarin. Di kiri sekali, Datuk Norliza Rosli.


PEKAN 22 Okt. - Lebih 10,000 pengunjung termasuk dari Terengganu dan Kelantan membanjiri Dataran Pekan di sini malam tadi bagi menyaksikan majlis perasmian Temasya Pantai Timur yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif itu berlangsung meriah dengan dipenuhi pelbagai persembahan seni dan budaya mewakili masyarakat dari tiga negeri berkenaan.

Antara acara kesenian yang dipertontonkan pada majlis perasmian itu adalah tarian labi, dikir Pantai Timur, tarian kelundang Orang Asli, ulek mayang, mak yong dan wayang kulit.

Acara pergendangan Pantai Timur menampilkan gendang Pahang, gendang Cina 24 musim, gendang India dan perkusi moden dari Pahang.

Terengganu pula menampilkan gendang silat, kertuk ulu dan juga gendang dikir, manakala rebana ubi, etnik irama rakyat Kelantan dan rebana kercing mewakili Kelantan.

Bagi segmen perarakan, selain menampilkan kontinjen ketiga-tiga negeri, kontinjen Generasi Y turut menarik perhatian orang ramai apabila ia menampilkan aksi remaja menunggang basikal pixie, basikal BMX, papan luncur dan kasut beroda.

Turut tidak ketinggalan, persembahan dari penyanyi popular, Saleem Iklim yang memukau ribuan peminat yang membanjiri Dataran Pekan tersebut malam tadi.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar A. Tambi dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rosli.

Sementara itu, Shafik dalam ucapannya berkata, penganjuran Temasya Pantai Timur diharap mampu memupuk semangat mencintai seni dan budaya negara dalam kalangan generasi muda seiring arus pemodenan.

"Bukan sahaja golongan dewasa tetapi generasi hari ini perlu tahu dan mencintai seni budaya dalam mengangkat negara ke persada antarabangsa.

"Pada masa yang sama, generasi muda jangan lupa sejarah, asal-usul dan seni budaya tanah air yang dicintai dengan menjaga negara yang aman ini supaya kita sentiasa dihormati," kata beliau.

Temasya Pantai Timur 2011 yang berlangsung selama tiga hari berakhir esok turut membariskan selebriti terkenal dari Pantai Timur seperti Roy Kapilla dan Anis Salwa di samping persembahan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Turut menarik perhatian pengunjung adalah barisan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti asam rom, sambal hitam dan kuih-muih berasaskan nisan kerek di samping kraf tangan seperti tembaga, songket Terengganu dan tenunan Pahang.

Full content generated by Get Full RSS.

SMVP cipta resipi baru ikan patin

Posted:

SMVP cipta resipi baru ikan patin

SMVP cipta resipi baru ikan patin

TEMERLOH 22 Okt. - Gulai tempoyak sememangnya sinonim dengan ikan patin sehingga bandar ini sendiri cukup popular dengan hidangan tradisi masyarakat Melayu Pahang itu.

Bagaimanapun, ikan patin sebenarnya boleh dipelbagaikan dengan resipi lain yang tetap enak dinikmati tanpa menghilangkan keaslian rasa ikan tersebut.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh (SMVP) membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan beberapa resipi baru berasaskan ikan patin.

Pengetua SMVP, Zamiah Mohd. Ali berkata, hasil penyelidikan sejak beberapa tahun lalu telah lahir sebuah buku Resipi Patin Puteri Tradisional Pahang @ Resipi Inovasi yang mendokumentasikan lebih 40 jenis masakan berasaskan ikan patin.

''Saya yakin kesemua resipi ikan patin itu yang dicipta oleh para pelajar dan guru SMVP dapat diterima oleh penggemar ikan patin dan boleh meningkatkan lagi permintaan terhadap ikan patin Temerloh.

''Dengan adanya pelbagai resipi baru, mereka yang tidak gemarkan masakan gulai tempoyak boleh menikmati keenakan ikan patin yang dimasak gulai asam pedas, masak lemon, sambal dan banyak lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku berkenaan di sini kelmarin.

Buku tersebut dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Teknik dan Vakasional, Zainureen Mohd. Noor di sekolah berkenaan.

Selain itu, kata beliau, isi ikan patin juga boleh dibuat bebola ikan, otak-otak, kerabu dan pegedil.

''Dengan adanya resipi baru ini diharap dapat membantu penduduk Temerloh memperkenalkan masakan tersebut," ujarnya.

Pada masa sama, SMVP kata Zamiah, sedia menerima tempahan untuk aktiviti jamuan bagi majlis atau program sama ada oleh agensi kerajaan atau swasta.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved