Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tuanku Mizan terima kunjungan perpisahan duta Arab Saudi

Posted:

Tuanku Mizan terima kunjungan perpisahan duta Arab Saudi

Tuanku Mizan terima kunjungan perpisahan duta Arab Saudi


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mohamed Reda Abu Al-Hamayel di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Okt. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mohamed Reda Abu Al-Hamayel, di Istana Negara hari ini.

Pertemuan itu berlangsung selama 45 minit.

Mohamed Reda memulakan perkhidmatannya di negara ini pada 15 Jun 2006 dan tempoh perkhidmatannya akan tamat pada penghujung tahun ini.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran dari University of King Abdulaziz, Jeddah, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Republik Ghana pada 6 Ogos 2001 hingga 31 Mac 2006. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kematian Muammar Gaddafi sudah diduga

Posted:

Kematian Muammar Gaddafi sudah diduga

Kematian Muammar Gaddafi sudah diduga

NANNING, China 21 Okt. - Malaysia menyifatkan kematian bekas Presiden Libya, Muammar Gaddafi sebagai satu kesudahan yang telah diduga sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Gaddafi telah beberapa kali menegaskan akan mempertahankan kerajaannya hingga ke saat-saat akhir dan sanggup menghadapi segala kemungkinan termasuk dibunuh.

"Bagaimanapun, apa yang penting rakyat Libya dapat bangun dan memulakan era baharu yang boleh menjanjikan kemakmuran di kalangan mereka selepas ini.

"Libya selepas ini amat berpotensi untuk lebih maju. Ia kaya dengan minyak dan sudah pasti diharapkan kehidupan mereka akan lebih baik," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar rakyat negara itu yang sebelum ini berpecah-belah kepada kabilah-kabilah agar dapat bersatu semula bagi membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan maju.

"Inilah kerajaan baharu yang mereka sendiri tentukan," tambahnya.

Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, setakat ini kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan di Libya dan akan mengiktiraf kerajaan baharu negara itu apabila sampai masanya. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Peralihan Nasional gerakkan kerajaan Libya

Posted:

Majlis Peralihan Nasional gerakkan kerajaan Libya

Majlis Peralihan Nasional gerakkan kerajaan Libya

KUALA LUMPUR 21 Okt. — Kematian pemimpin Libya Muammar Gadaffi akan memudahkan kerajaan pemerintah sementara, Majlis Peralihan Nasional (NTC) menggerakkan rancangan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara itu.

Duta Libya ke Malaysia, Dr Abu Bakar Al-Mansori berkata, berikutan kematian Gaddaffi semua tentera dan penyokong setia pemimpin itu turut dikalahkan.

Sama ada mereka ditangkap, dibunuh atau telah meninggalkan negara itu, katanya di sini hari ini.

"Semuanya berakhir sama sekali. Tidak ada sokongan lagi kepada Gadaffi dan ini memudahkan NTC untuk membentuk sebuah Kabinet," katanya.

Katanya pemimpin kerajaan sementara NTC, Mustafa Abdel Jalil, dijangka mengisytiharkan pembebasan Libya hari ini yang bakal membuka jalan untuk negara itu bekerja dengan lebih bebas".

Gadaffi, yang memerintah negara utara Afrika itu selama 42 tahun sebelum digulingkan pada Ogos lalu, dibunuh semalam selepas ditangkap berdekatan kampungnya di Sirte. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved