Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penjual pakaian ditemui dibunuh

Posted:

Penjual pakaian ditemui dibunuh

Penjual pakaian ditemui dibunuh


ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai mati dibunuh berhampiran persimpangan Bulatan Seksyen 4, Bangi, Selangor semalam.


HULU LANGAT 22 Okt. - Kehilangan seorang peniaga pakaian sejak dua hari lalu terungkai selepas mayatnya ditemui dibungkus dengan selimut dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta dekat Bulatan Seksyen 4, Bangi di sini petang ini.

Lelaki berusia 49 tahun itu dilaporkan hilang oleh isterinya pagi ini di ibu negara selepas dia tidak pulang sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui selepas orang ramai membuat laporan polis berhubung keadaan sebuah kereta jenis Toyota Unser yang berhenti dalam keadaan mencurigakan berhampiran kawasan semak.

Menurutnya, dalam pemeriksaan awal, anggota peronda telah melihat objek seperti kepala manusia di dalam bungkusan tersebut.

"Pihak forensik yang tiba kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan tersebut dan menemui mayat seorang lelaki yang dibunuh berdasarkan kesan tetak di belakang dan paha.

"Tiada dokumen pengenalan diri termasuk barangan berharga ditemui bersama mangsa, namun pemeriksaan mendapati lelaki terbabit merupakan lelaki yang dilaporkan hilang oleh isterinya pagi ini," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan mendapati kereta Toyota Unser yang digunakan dalam kes itu milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh kurang 48 jam di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan semak itu.

"Tiada senjata ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dengan mengetahui motif pembunuhan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seludup syabu RM10j

Posted:

Seludup syabu RM10j

Seludup syabu RM10j

Oleh NAZMIL NASIRUDDINM
pengarang@utusan.com.my


M. GOVINDEN (dua dari kiri) bersama pegawai lain, Mohd. Farham Izham (kanan); Rosli Mohamed (kiri) dan Zahari Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas di kargo KLIA, semalam.


SEPANG 22 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 40 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM10 juta di pintu keluar Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam

Dadah itu disembunyikan dalam 67 tin makanan bersama barangan lain seperti tepung dan ikan masin di dalam dua buah kotak besar.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk M. Govinden berkata, modus operandi terbaru cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengisytiharkan barangan berkenaan sebagai barangan peribadi untuk dihantar ke sebuah rumah di Damansara Damai, Selangor.

"Kejayaan ini hasil tindakan pegawai kastam bertugas memeriksa sebuah van berkunci memuatkan barangan yang diikrar sebagai barang peribadi, di pintu keluar zon perdagangan itu pada pukul 5.30 petang semalam.

"Setelah diperiksa, barangan yang dikirim dari Lagos, Nigeria pada 17 Oktober lalu itu mengandungi serbuk putih syabu yang dimuatkan dalam 67 tin makanan jenis Macedonia French Garden Peas dan Chicken Luncheon Meat seberat 500 dan 700 gram," katanya pada sidang akhbar di KLIA hari ini.

Berikutan itu, kastam menahan tiga lelaki warga Nigeria berusia lingkungan 20-an yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di rumah lokasi penghantaran barang berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya turut menemui wang tunai RM31,500 dan pembuka tin yang terdapat kesan dadah ketika pemeriksaan dijalankan di rumah tersebut.

Pada masa yang sama, kata Govinden, pihaknya sedang mengesan seorang lagi warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah itu.

"Kita turut menahan pemandu van tersebut untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved