Sabtu, 1 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Isu banjir Kg. Sepak Hilir selesai

Posted:

Isu banjir Kg. Sepak Hilir selesai

Isu banjir Kg. Sepak Hilir selesai

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@johor.com.my


Baderi Dasuki (berbaju batik) meninjau kawasan projek menaik taraf parit di Kampung Sepak Hilir, Batu Ampat di Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 30 Sept. - Masalah banjir yang sering menghantui kira-kira 300 penduduk Kampung Sepak Hilir, Batu Ampat, dekat sini sejak enam tahun lalu dijangka selesai apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membaiki sistem perparitan di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja mendalam dan melebarkan longkang sepanjang 150 meter di kampung itu dan ia dimulakan sejak 23 September lalu.

"Sebelum ini, kita sering mendengar masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini. Jadi, kita ambil keputusan untuk menaik taraf kawasan longkang berhampiran supaya masalah banjir dapat diselesaikan segera demi keselesaan penduduk setempat," katanya semasa melawat kawasan tersebut di sini semalam.

Turut hadir, Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin dan Ketua Kampung Batu Ampat, Hairudin Ariffin.

Baderi yang juga ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, projek mendalam dan melebarkan longkang tersebut dijangka siap akhir Oktober ini.

Sementara itu, Hairudin berkata, projek itu dijangka mampu mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan dan dapat memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan tersebut.

"Jika sebelum ini banyak rungutan mengenai masalah banjir yang kerap berlaku, apabila projek ini siap, masalah banjir setidak-tidaknya dapat dikurangkan berbanding dahulu," katanya.

Seorang penduduk, Zakaria Isa, 60, berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap masalah yang membelenggu penduduk setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, sistem perparitan sedia ada memang perlu dinaik taraf kerana ia tidak mampu menampung kapasiti air hujan apabila hujan lebat.

"Keadaan itu menyebabkan air melimpah dan ia menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di kawasan ini," katanya.

Lebih 2,000 pelajar Parlimen Pagoh terima alat tulis

Posted:

Lebih 2,000 pelajar Parlimen Pagoh terima alat tulis

Lebih 2,000 pelajar Parlimen Pagoh terima alat tulis

MUAR 30 Sept. - Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh mengagihkan kit alat tulis kepada 2,030 pelajar dari tujuh buah sekolah sebagai memberi perangsang kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Sumbangan itu diberi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menurut Pengerusi sekretariat berkenaan, Tahir Taat, pihaknya sentiasa memberi galakan kepada golongan pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

"Doa daripada kami semoga anak- anak di kawasan Parlimen Pagoh berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang serta seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya pada Majlis Penyampaian Kit Peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Muar/Ledang, Ahmad Othman serta Guru Penolong Kanan 1 SMK Tengku Temenggung Ahmad, Ibrahim Abdul Rahman.

Tujuh buah sekolah yang menerima sumbangan itu adalah SMK Tengku Temenggung Ahmad, SMK Bukit Pasir, SMK Tun Sri Lanang, SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Sultan Alauddin Pagoh, SMK Lenga dan SMK Maokil.

Tahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, generasi muda perlu menguasai ilmu pengetahuan bagi memastikan arus pembangunan negara dapat diteruskan dan ditingkatkan kepada tahap yang lebih membanggakan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved