Sabtu, 1 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Standard Pengurusan Islam

Posted:

Standard Pengurusan Islam

Standard Pengurusan Islam

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berada dalam van Sekreteriat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO yang disertai Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim ketika mendengar taklimat daripada pengerusi sekreteriat itu, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (kiri) selepas pelancaran kenderaan tersebut di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 30 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan.

"Para pegawai tersebut memerlukan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang agama sehingga diiktiraf sebagai profesional bidang tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia yang bertujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep kesederhanaan dengan teras 1Malaysia yang menjadi kepentingan kerajaan ketika ini.

Najib menambah, penjawat awam terutama yang berada dalam jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif bagi menunaikan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian di luar kelaziman.

Langkah itu tegas beliau, amat mustahak agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Untuk terus kekal relevan, institusi agama khususnya perlu memberi perkhidmatan terbaik dan memperteguhkan ketamadunan masyarakat berdasarkan perancangan pembangunan umat Islam yang sistematik," katanya.

Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, antara lain mempamerkan khazanah lama serta memaparkan transformasi Islam yang berlaku sejak dulu.

Turut diadakan ialah seminar untuk membincangkan hal ehwal Islam termasuk pendidikan, sistem perbankan dan kewangan serta kebudayaan.

BM tetap bahasa pengantar di sekolah

Posted:

BM tetap bahasa pengantar di sekolah

BM tetap bahasa pengantar di sekolah

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan pelajar OKU Universiti Putra Malaysia, Suhazli Mohamad yang mengambil jurusan sains Komputer selepas solat Jumaat di Masjid UPM, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan tidak akan mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris kecuali berlaku perubahan pada Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara.

Menurut beliau, akta dan dasar tersebut secara jelas menyebut bahawa bahasa pengantar di sekolah kebangsaan adalah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

Justeru katanya, sebagai Menteri Pelajaran, adalah menjadi tanggungjawab beliau melaksanakan sebarang dasar berasaskan pada akta dan dasar tersebut biarpun terdapat permintaan daripada pihak tertentu khususnya ibu bapa untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris.

"Tidak mungkin akan wujud sekolah aliran bahasa Inggeris kecuali ada perubahan dasar dan akta. Selagi akta tidak berubah, dasar itu kekal, maka tidak akan wujud sekolah aliran Inggeris.

"Swasta lain ceritalah. Swasta, bahasa Perancis pun boleh, apa pun boleh.

"Tetapi dalam aliran kebangsaan, ia adalah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tetapi untuk sekolah jenis kebangsaan, kita setuju bahasa Cina dan Tamil," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

Terdahulu ketika sesi dialog bersama mahasiswa, Muhyiddin sekali lagi menegaskan mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ini kerana menurutnya, pelaksanaan PPSMI dalam tempoh enam tahun menunjukkan kesan negatif apabila sebahagian besar rakyat tidak memahami bahasa selain bahasa ibundanya.

Malah adalah penting kata beliau, untuk memberikan pendidikan di peringkat awal kepada kanak-kanak menggunakan bahasa yang mereka mudah fahami.

Perkara itu turut dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

"Sebab itu orang Cina nak sekolah Cina, orang India nak sekolah Tamil dan orang Melayu nak bahasa Melayu di sekolah kebangsaan kerana kita iktiraf dan di Sabah dan Sarawak, kita sudah mengizinkan mereka menggunakan bahasa ibunda Iban, Kadazan kerana itu yang mudah difahami. Pokoknya ilmu kalau kita ajar dengan bahasa yang susah difahami, sukar," katanya.

Dasar Landskap Negara bakal sediakan hidup berkualiti

Posted:

Dasar Landskap Negara bakal sediakan hidup berkualiti

Dasar Landskap Negara bakal sediakan hidup berkualiti

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Rakyat negara ini akan menikmati persekitaran hidup yang lebih berkualiti dan mapan menjelang 2020 dengan terlancarnya Dasar Landskap Negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar tersebut yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 22 Disember tahun lalu mempunyai tujuh teras strategik yang diyakini mampu menjadikan landskap negara lebih berkualiti.

"Pelancaran dasar itu merupakan satu inisiatif penting ke arah mentransformasikan gerak kerja lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan landskap berkualiti, bersih, sihat serta selamat.

"Landskap merupakan aset berharga dalam kelangsungan hidup. Pembangunan dan pemeliharaan landskap menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosioekonomi, alam sekitar serta ketamadunan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Dasar Landskap Negara dan Sambutan Hari Landskap Negara di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbanyakkan lagi pembangunan taman awam untuk dijadikan landskap negara.

Ini kerana jelas Timbalan Perdana Menteri, sehingga kini hanya 4,691 hektar daripada 11,299 hektar tanah lapang yang sudah diwartakan di Semenanjung Malaysia, dibangunkan sebagai taman awam oleh pihak berkenaan.

"Kerajaan menetapkan supaya diwujudkan rangkaian kawasan lapang yang berkesan di kawasan PBT sebagai satu usaha bagi mewujudkan kawasan perbandaran yang lebih 'vibrant'. Dari sejumlah 21,560 hektar kawasan lapang di PBT, 11, 299 hektar telah diwartakan.

"Namun, sehingga kini hanya 4,691 hektar daripada kawasan yang diwarta telah dibangunkan. Jadi saya menyeru kementerian yang bertanggungjawab serta semua PBT memantapkan usaha bagi membangunkan kawasan lapang yang ada," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved