Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

Posted:

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tahan nelayan:Perbincangan dengan Indonesia disegerakan

Posted:

Tahan nelayan:Perbincangan dengan Indonesia disegerakan

Tahan nelayan:Perbincangan dengan Indonesia disegerakan

TANJONG KARANG 21 Okt. - Malaysia akan menyegerakan perbincangan dengan Indonesia bagi mencapai persefahaman dalam menyelesaikan isu penahanan serta tindakan yang dikenakan terhadap nelayan kedua-dua negara yang ditahan di kawasan sempadan maritim yang menjadi pertikaian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara itu susulan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di di Lombok, semalam.

Katanya, beliau merancang mengadakan pertemuan dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Syarip Cicip Sutardjo pada bulan depan bagi membincangkan prosedur operasi standard (SoP) yang boleh dijalankan kedua-dua negara membabitkan isu berkenaan.

"Kita akan segerakan perbincangan dan mencapai persefahaman dengan pihak Indonesia dari sudut SoP bagi menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan di kawasan sempadan maritim yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

"Pertamanya, kita melihat dari segi SoP yang melibatkan layanan serta kebajikan nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, begitu juga sebaliknya.

"Kedua ialah kita akan cadangkan agar diwujudkan satu undang-undang mengenai tindakan yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan Indonesia terhadap nelayan kedua-dua negara yang memasuki sempadan maritim itu," katanya di sini hari ini.

Tambah Noh, berdasarkan undang-undang yang diguna pakai ketika ini, nelayan-nelayan yang memasuki sempadan perairan tersebut biasanya ditahan oleh pihak berkuasa, didenda dan didakwa di mahkamah selain bot termasuk hasil tangkapan dirampas.

Bagaimanapun, jelasnya, tindakan itu dilihat menyusahkan golongan nelayan yang benar-benar bergantung kepada aktiviti itu sebagai punca pendapatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved