Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan anggap konvokesyen titik terakhir - Tuanku Mizan

Posted:

Jangan anggap konvokesyen titik terakhir - Tuanku Mizan

Jangan anggap konvokesyen titik terakhir - Tuanku Mizan


TUANKU Mizan Zainal Abidin menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat kepada Saintis dari Pakistan, Prof. Dr. Atta Ur Rahman (kiri) semasa Majlis Konvokesyen UiTM Ke-75 di Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 20 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan mahasiswa agar tidak menganggap majlis konvokesyen sebagai titik akhir pencarian ilmu pengetahuan dalam hidup mereka.

Seri Paduka menegaskan, tanggapan sedemikian adalah tidak tepat dan tidak seharusnya ada dalam pemikiran mahasiswa kerana proses pencarian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.

''Saudara dan saudari (mahasiswa) hendaklah meneruskan usaha pencarian ilmu dan tidak menyifatkan majlis ini (konvokesyen) sebagai titik akhir dalam usaha sedemikian.

''Sebaliknya berpegang teguhlah terhadap falsafah mencari ilmu sepanjang hayat dan manfaatkan ilmu yang diperoleh itu dengan sebaik-baiknya," titah Seri Paduka ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-75, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar.

Seri Paduka bertitah majlis konvokesyen kali ini juga istimewa kerana ia menandakan lima tahun baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Canselor UiTM.

Sehubungan itu Seri Paduka mahu universiti tersebut terus memainkan peranan penting dalam mengubah destini anak bangsa sebagaimana dilakukan sejak 55 tahun penubuhannya.

Yang di-Pertuan Agong turut berharap agar kedudukan UiTM terus diperkukuh dan dipelihara dalam apa jua keadaan sekalipun.

''Beta sembah maklum mengenai perkembangan UiTM yang begitu pesat dan mencatatkan pencapaian membanggakan di dalam dan luar negara.

''Teruskan usaha meningkatkan kualiti agar modal insan UiTM berdaya saing, berintegriti tinggi dan bertanggungjawab sebagai pewaris dan penerus bangsa di bumi bertuah ini," titah Tuanku Mizan.

Dalam pada itu, Seri Paduka menyatakan rasa bangga terhadap UiTM apabila berjaya mengukir sejarahnya tersendiri dengan melahirkan 27 graduan kumpulan pertama Fakulti Pergigian.

Dengan kejayaan itu titah Tuanku Mizan, ia dilihat melengkapkan universiti itu sebagai pusat ilmu pengetahuan menerusi penawaran program-program pengajian melalui 25 buah fakulti.

''Sesungguhnya, orang Melayu dan bumiputera boleh terus menikmati pengajian yang berkualiti di UiTM yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dari dalam dan luar negara," titah Seri Paduka.

Full content generated by Get Full RSS.

Susilo ingatkan rakyatnya jangan lukai hati jiran

Posted:

Susilo ingatkan rakyatnya jangan lukai hati jiran

Susilo ingatkan rakyatnya jangan lukai hati jiran

MATARAM (Lombok) 20 Okt. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini mengingatkan seluruh rakyat Indonesia agar jangan bertindak melampau dalam meluahkan rasa tidak senang menerusi aksi demonstrasi sehingga melukai hati negara jiran, Malaysia.

Menurut Presiden Indonesia itu, tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh sekumpulan kecil rakyat negara itu termasuk insiden terbaru yang berlaku di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta minggu lalu sudah melebihi batas.

Sehubungan itu, atas nama hubungan saudara serumpun, Susilo menegaskan, persahabatan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam suasana yang harmoni untuk kepentingan jangka panjang.

"Hubungan kedua-dua negara harus diletakkan dalam kerangka yang strategik, fundamental dan berjangka panjang. Sebagai negara tetangga, hampir pasti ada masalah-masalah yang muncul. Dalam alam demokrasi Indonesia, hal itu bisa (boleh) terjadi.

"Saya sudah mengingatkan janganlah tunjuk rasa itu melebihi sepatutnya sebab ia bisa melukai negara sahabat," kata Susilo pada sidang media selepas mengadakan rundingan tahunan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Susilo berkata demikian sebagai reaksi kerajaan negara itu berhubung tindakan dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia, Forum Betawi Rempug (FBR) dan Laskar Merah Putih (LMP) yang mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia, Jalan Rasuna Said di Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan harapan, dengan persepakatan yang dicapai, tidak ada lagi persepsi keliru terhadap Malaysia oleh rakyat Indonesia.

Rundingan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung dalam suasana penuh harmoni di pulau peranginan popular berkenaan. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Usah ‘seronok sendiri’ sasar NKRA

Posted:

Usah 'seronok sendiri' sasar NKRA

Usah 'seronok sendiri' sasar NKRA

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan perkhidmatan awam agar tidak diulit perasaan 'seronok sendiri' ketika merealisasikan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, perkhidmatan awam perlu berusaha mendapatkan penerimaan rakyat dan memperbetulkan persepsi silap mereka terhadap segala inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

Beliau berkata, rakyat perlu merasai kesan dan menikmati hasil NKRA bukan semata-mata menerusi angka tetapi juga melalui pemerkasaan yang diterajui oleh perkhidmatan awam.

"Justeru, sebagai penjawat awam yang mendukung dan menjayakan dasar kerajaan adalah penting untuk kita sentiasa memikirkan persoalan-persoalan seperti 'adakah rakyat faham tentang usaha yang kerajaan lakukan selama ini?; Kenapakah rakyat tidak bersama-sama menyertai untuk menjayakan segala usaha tersebut?

''Apakah impaknya cukup besar kepada rakyat untuk mereka menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini? Dan di manakah silapnya apabila rakyat masih tidak berpuas hati dengan segala usaha dan pencapaian kita?'

"Kita perlu kesan, imbas dan betulkan segala tindakan dan usaha bagi menjayakan inisiatif tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-16 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pemangku Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya.

Persidangan dua hari yang bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan: Peranan Perkhidmatan Awam itu turut disertai 20 tokoh tersohor negara dalam sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan berkongsi pendapat mereka dalam usaha memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan awam.

Muhyiddin berkata, dalam keghairahan memacu usaha-usaha pemerkasaan NKRA, adalah penting bagi sektor awam untuk berada di barisan hadapan dengan mempelopori perkongsian pintar antara kerajaan dan rakyat menerusi pelaksanaan tindakan yang efisien dan efektif.

Katanya, ia termasuk memerhati kesan sampingan ketara yang terpaksa ditanggung oleh rakyat masa kini terutama dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu nasional.

Menurut beliau, walaupun telah banyak yang dilaksanakan kerajaan membawa kesan positif kepada rakyat, perkhidmatan awam harus sentiasa dahagakan usaha untuk melonjak ke hadapan dan berinovasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai usaha kita. Kita tidak boleh alpa kerana sebarang kealpaan akan menyebabkan perkhidmatan awam diberikan penilaian negatif dan ditafsir sebagai tidak relevan lagi dalam pembangunan negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved