Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Keda mohon peruntukan RM10j

Posted:

Keda mohon peruntukan RM10j

Keda mohon peruntukan RM10j

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 20 Jun - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membina dan membaik pulih lebih banyak rumah golongan miskin di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, permohonan itu bagi memenuhi perancangan Keda dalam membasmi kemiskinan memandangkan masih ramai penduduk yang layak berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Beliau berkata, pada tahun ini Keda memperoleh peruntukan sebanyak RM7.8 juta bagi membina 173 rumah baru dan membaik pulih 228 rumah golongan sasar yang dikenal pasti.

"Peruntukan itu belum mencukupi bagi menampung permohonan yang banyak. Keda bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan jumlah peruntukan yang sesuai," katanya selepas majlis penyerahan kunci Program Bantuan Rumah (PBR) Keda di Kampung Alor Binjal di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar Keda, Arifudin Habib.

Pada majlis itu, seramai 19 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu menerima kunci rumah masing-masing melibatkan kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM627,000.

Menurut Ahmad Bashah, sehingga tahun lalu Keda membelanjakan RM96.5 juta untuk pembinaan 4,556 unit rumah baru dan 1,956 unit rumah dibaik pulih.

Pada tahun ini pula kata beliau, sebanyak RM4.6 juta daripada peruntukan RM7.8 juta sudah dibelanjakan menerusi pembinaan 147 rumah baru dan pembaikan 17 rumah.

Selain itu katanya, Keda turut memperkenalkan pelbagai program bagi membantu rakyat seperti Program Peningkatan Pendapatan Petani melibatkan seramai 148 peserta dengan peruntukan sebanyak RM300,000 pada tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Muda Perak rasmi SK Iskandar Perdana

Posted:

Raja Muda Perak rasmi SK Iskandar Perdana

Raja Muda Perak rasmi SK Iskandar Perdana

PARIT 20 Jun - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Perdana di Bandar Baru Seri Iskandar, dekat sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Zambry berkata, pembinaan sekolah tersebut amat penting bagi menampung keperluan pendidikan yang semakin meningkat di Bandar Baru Seri Iskandar yang kini pesat membangun.

"Pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan pusat-pusat latihan seperti Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Institut Kemahiran Belia Negara dan Kolej Profesional Mara yang terdapat di sini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan penduduk di sini.

"Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana berjaya membina dan menyiapkan sekolah ini dalam waktu yang singkat," katanya.

SK Iskandar Perdana yang dahulunya dikenali sebagai SK Taman Teknologi dibina dengan kos RM19.7 juta pada 2010 dan bangunan tersebut diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada 4 Jun 2010.

Sekolah berkenaan mula beroperasi pada 1 Julai 2010 dengan seramai 518 murid tahun satu hingga lima serta 32 orang guru dan kini ia menampung 646 murid dari tahun satu hingga enam serta 43 guru dan dua kelas prasekolah dengan 50 murid.

Zambry juga berkata, bidang pendidikan merupakan salah satu fokus utama kerajaan negeri dalam menjadikan Perak sebagai negeri maju pada 2015.

Beliau berkata, selain peruntukan sebanyak RM35 juta untuk tujuan dermasiswa sejak 2009, kerajaan negeri juga memberikan galakan kepada kecemerlangan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik.

"Kita perlukan lebih ramai pelajar meminati dan mengambil subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kerana subjek berteraskan STEM adalah penting untuk inovasi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 keluarga miskin kekal di PPR

Posted:

20 keluarga miskin kekal di PPR

20 keluarga miskin kekal di PPR

BUTTERWORTH 20 Jun - Seorang ibu tunggal yang menyara empat anak yang masih bersekolah kini mampu menarik nafas lega apabila terus dibenarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya di sini.

Bagi Sarinah Arifin, 42, hanya ucapan syukur yang dapat dilafazkan apabila dibenarkan terus tinggal di situ biarpun tunggakan sewa rumahnya dengan Bahagian Perumahan Negeri mencecah RM6,000.

Menurutnya, jaminan oleh Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai bahawa 20 keluarga yang berhutang dengan Bahagian Perumahan Negeri tidak akan dihalau.

"Jaminan yang diberikan oleh Exco amat menggembirakan saya kerana kalau terpaksa keluar di mana saya nak tinggal sebab tiada tempat berteduh lagi.

"Bil elektrik yang tertunggak juga telah dilangsaikan oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Bagan, David Chua hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas pertemuan dengan Hon Wai, di sini, hari ini.

Tambah Sarinah, Hon Wai turut memintanya menulis surat rayuan untuk menukar nama rumah itu daripada nama bekas suami untuk memudahkan urusan pembayaran nanti.

Perasaan sama dikongsi Fadzil Mohd. Hassan, 61, yang buta sejak 15 tahun lalu. Warga emas itu turut melahirkan rasa syukur kerana tidak diusir keluar dari rumah yang didiami bersama isteri, empat anak dan seorang cucunya itu.

"Pak cik rasa bersyukur kepada Allah kerana dibenarkan untuk terus tinggal di sini dan akan cuba jelaskan tunggakan bayaran sewa rumah ini secara ansuran.

Sementara itu Hon Wai berkata, pihaknya masih membenarkan penghuni terbabit tinggal di situ namun mereka harus berusaha melunaskan segala tunggakan yang ada.

Bahagian Perumahan Negeri katanya, hanya akan mengambil semula empat unit rumah kosong di situ bagi mengelakkan ia disalah guna serta menyiasat sama ada terdapat unit yang disewakan kepada orang lain oleh pemilik asal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved