Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ibrahim sambut baik gesaan Kit Siang dan Khairy

Posted:

Ibrahim sambut baik gesaan Kit Siang dan Khairy

Ibrahim sambut baik gesaan Kit Siang dan Khairy

KUALA LUMPUR 21 Jun - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyambut baik gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Ini kerana jelas Ibrahim, gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang, The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.

Katanya, beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Kit Siang.

"Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan. Saya ibaratkan dia seperti 'lembu tua' (liat), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.

"Pasal Khairy ini, kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider. Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini. Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang, dia pun sama.

"Tapi soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO? Mana pemuda MCA, MIC dan Gerakan? " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Ibrahim kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya, selari dengan gesaan Kit Siang.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi 'arahan' supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem pilihan raya negara antara yang terbaik

Posted:

Sistem pilihan raya negara antara yang terbaik

Sistem pilihan raya negara antara yang terbaik

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini merupakan antara yang terbaik di dunia iaitu berpandukan amalan demokrasi dengan rakyat menentukan pihak yang layak memerintah.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tidak timbul isu pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan tidak adil memandangkan ia dibuat mengikut undang-undang.

"Setiap negara yang mengamalkan demokrasi pasti mempunyai pilihan raya dan setakat ini sistem yang diamalkan di negara ini adalah yang terbaik kerana ia berpandukan kepada perundangan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Keselamatan dan Kesihatan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sekiranya ada pihak mempunyai pandangan dan cadangan untuk menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, mereka boleh menggunakan saluran yang betul iaitu mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita ada saluran untuk mengemukakan sebarang cadangan atau idea penambahbaikan iaitu menerusi perbincangan dengan SPR. Saya pasti mereka mengalu-alukannya, jadi kita patut menggunakan saluran tersebut.

"Ia merupakan kaedah yang lebih efektif berbanding berdemonstrasi di jalan raya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved