Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Abu Bakar, pengikut pernah kunjungi Maahad Ittiba' As-Sunnah

Posted:

Abu Bakar, pengikut pernah kunjungi Maahad Ittiba' As-Sunnah

Abu Bakar, pengikut pernah kunjungi Maahad Ittiba' As-Sunnah

KUALA PILAH 20 Jun - Pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir bersama seorang pengikutnya, Abdullah Sungkar pernah datang ke sebuah maahad di sini selepas melarikan diri dari Indonesia pada tahun 1995.

Pihak pengurusan Maahad Ittiba' As-Sunnah yang terletak di Kampung Parit di sini mengaku mereka menerima kedatangan Abu Bakar dan Abdullah ketika itu atas semangat membantu saudara Islam yang sedang diburu oleh pemerintah negara berkenaan.

Setiausaha maahad berkenaan, Hazman Hashim berkata, pada mulanya hubungan antara pusat pengajian itu dengan dua pemimpin tersebut berjalan seperti biasa kerana ketika itu mereka belum dikategorikan sebagai militan.

Katanya, kedua-dua mereka tidak tinggal di maahad itu sebaliknya menyewa sebuah rumah tidak jauh dari maahad itu.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pihak maahad memutuskan hubungan dengan mereka selepas diminta berbaiah dan bersetuju menyokong perjuangan Abu Bakar.

"Kami tidak dapat bersetuju dengan baiah itu memandangkan perjuangan yang dilakukan oleh Abu Bakar tidak selaras dengan objektif maahad ini.

"Selepas itu, pihak kami tidak lagi mempunyai hubungan dengan Abu Bakar sehingga hari ini. Malah kami membantu memulihkan beberapa orang yang terpengaruh dengan ideologi yang cuba ditanamkan oleh Abu Bakar," katanya pada sidang akhbar di maahad tersebut di sini hari ini.

Sidang akhbar itu dibuat bagi menafikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang mengaitkan Maahad Ittiba As-Sunnah dengan kegiatan merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan JI.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Norhayati Omar dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohamad Kamel Md. Yusoff.

Datuk kepada Norhayati dan bapa kepada Mohamad Kamel adalah antara pengasas maahad yang ditubuhkan pada 1952.

Hazman turut menafikan maahad ini terlibat merekrut pelajar sekolah untuk menjadi militan kerana ia hanya mengajar pengajian al-Quran kepada beberapa warga tua yang tinggal di sekitar kampung tersebut.

"Kami tiada pelajar berusia remaja. Jadi bagaimana kami boleh dituduh melatih militan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali dan dibuat oleh pihak tertentu yang iri hati dengan maahad ini," ujarnya.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 1952, pihak maahad tidak pernah menyembunyikan sebarang kegiatannya daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pada 12 November lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga lelaki termasuk seorang yang mendakwa solat Jumaat di Kampung Parit sebagai amalan bidaah.

Ketiga-tiga mereka ditahan di maahad itu mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum syarak.

Berikutan laporan Utusan Malaysia hari ini, Hazman membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 11.10 pagi ini dan bercadang untuk mengemukakan saman terhadap akhbar ini.

Sementara itu, Norhayati dan Mohamad Kamel pada sidang media itu turut menafikan tuduhan terhadap maahad tersebut dan berkata, pusat pengajian ini pernah terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Kata mereka, semua penduduk di sekitar kawasan itu tidak pernah bangkit menentang kerajaan sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maahad Terengganu bebas pengaruh JI

Posted:

Maahad Terengganu bebas pengaruh JI

Maahad Terengganu bebas pengaruh JI

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Kerajaan negeri hari ini mengesahkan tiada maahad atau sekolah agama di Terengganu yang dikesan merekrut pelajarnya bagi menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama negeri, Khazan Che Mat berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kewujudan kegiatan seumpama itu melibatkan maahad atau sekolah agama di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan mengenainya sejak dulu lagi bagi memastikan semua maahad dan sekolah agama bebas daripada kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Terengganu bebas daripada kegiatan seperti itu (merekrut pelajar) tetapi kita akan tetap pantau perkara ini. Kita percaya masalah ini tak wujud di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah maahad di Negeri Sembilan yang dikesan merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tahan individu terlibat perhimpunan haram

Posted:

Tahan individu terlibat perhimpunan haram

Tahan individu terlibat perhimpunan haram

KANGAR 20 Jun - Sebanyak 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai lebih 15,000 ahli di negeri ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap kumpulan pengacau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang masih berdegil mahu menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Semua pertubuhan berkenaan yang bergabung di bawah Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menahan setiap individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Yang dipertua majlis itu, Mansor Jusoh berkata, individu yang ditahan mesti ditempatkan di pusat-pusat tahanan selama yang dibenarkan oleh undang-undang tanpa sebarang alasan kerana cuba menimbulkan huru-hara di negara ini.

"Kita mohon kerajaan dan polis mengambil tindakan tegas bersesuaian dengan undang-undang terhadap Bersih," tegas beliau dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pihaknya menyifatkan kumpulan pengacau Bersih sebagai pertubuhan haram dan telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong serta mengkhianati kemakmuran dan kesejahteraan negara.

"Kita percaya jika perhimpunan ini diteruskan, ia akan menggugat keamanan dan menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Menurut beliau, resolusi mengenai bantahan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu untuk tindakan selanjutnya, manakala setiap NGO di bawah gabungan tersebut akan membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram Bersih di balai polis berhampiran, hari ini.

Mansor berkata, Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis turut menasihatkan Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mengadakan perhimpunan lain yang boleh menggugat keamanan masyarakat.

"Apa yang kita tekankan adalah keselamatan orang awam yang tidak terlibat terutama kanak-kanak dan pelancong yang berkunjung ke negara ini," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak 52 laporan polis di seluruh negeri berhubung bantahan terhadap perhimpunan haram oleh Bersih.

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat pelbagai NGO termasuk orang perseorangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved