Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


4 ketua JI menuntut di maahad

Posted:

4 ketua JI menuntut di maahad

4 ketua JI menuntut di maahad

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jun – Empat pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI) dikesan pernah belajar di sebuah maahad swasta di negara ini seterusnya mengembangkan kepakaran mereka dalam kegiatan militan di Malaysia.

Kesemua mereka pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam pelbagai jenayah militan, antaranya melakukan pengeboman berani mati di Bali, Indonesia pada 12 Oktober 2002.

Menurut sumber polis, salah seorang daripada mereka iaitu Nasir Abas, 42, merupakan rakyat tempatan kelahiran Johor dan pernah dilantik sebagai Ketua Mantiqi 3 JI meliputi kawasan Sabah, Sulawesi dan selatan Filipina.

Menurut pengakuan Nasir yang telah dibukukan, dia diminta membantu menjadi tenaga pengajar di maahad swasta tersebut pada tahun 1984, namun membuat keputusan untuk menjalani latihan di Afghanistan pada tahun 1987.

Selepas tamat latihan di Afghanistan pada 1992, dia diarahkan membuka kem latihan JI di selatan Filipina.

Pengakuan terbuka Nasir bersama tiga pengikut berani mati JI juga pernah disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.

"Nasir bersama tiga lagi anggota JI ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas terlibat dalam insiden yang mengorbankan 202 orang itu.

"Dia dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dan kini menyertai program-program komuniti pemulihan ideologi Salafiah Jihadiah di kalangan pengikut tegar JI di negara itu," kata sumber itu.

Mingguan Malaysia pada Ahad lalu mendedahkan kegiatan sebuah maahad di negara ini yang didakwa menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah dengan merekrut pelajar sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan selatan Filipina.

Sumber itu memberitahu, selain Nasir, tiga lagi pemimpin yang pernah belajar di maahad tersebut ialah warga Indonesia iaitu Ali Ghufron @ Mukhlas, Sunarto Kartodihajo @ Adung dan Mohamed Iqbal Abdurrahman @ Abu Jibril.

Mukhlas dikatakan mengikuti pengajian di maahad swasta tersebut sejak awal 1986 sebelum menyertai Abdullah Sungkar dan pemimpin JI Indonesia, Abu Bakar Bashir ke Afghanistan pada Mac tahun yang sama.

"Mukhlas merupakan ketua operasi JI dalam projek pengeboman Bali dan dikesan tiba di maahad tersebut pada 1989. Dia ditugaskan merekrut anggota JI baru di Johor dengan membuka sekolah agama Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram.

"Antara yang berjaya direkrut menjadi pakar bom ialah pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Azhari Hussein dan Nordin Mat Top," katanya.

Kata sumber itu lagi, Abu Jibril pula merupakan pengikut kanan Abu Bakar yang bersama Adung melarikan diri dan bersembunyi di maahad swasta tersebut pada 1985.

Menurutnya, Abu Jibril paling aktif merekrut warga tempatan untuk menyertai JI di sekitar Lembah Klang dan Selangor manakala Adung dilantik sebagai ketua JI di kawasan ini selepas Mukhlas ditangkap pada Disember 2002.

Antara yang berjaya direkrut Abu Jibril ialah Yazid Sufaat, anggota kanan JI Malaysia yang turut dikaitkan dengan operasi al-Qaeda.

Abu Jibril turut dikaitkan dengan beberapa siri pengeboman dilakukan pengebom berani mati JI, Nordin Mat Top.

Sumber itu mendakwa, kedatangan Abdullah Sungkar dan Abu Bakar bersama 50 lagi anggota Darul Islam yang melarikan diri dari pihak berkuasa Indonesia ke maahad tersebut pada April 1985, bukanlah satu kebetulan.

"Faktor utama pemilihan maahad itu sebagai tempat perlindungan dan belajar adalah kerana mereka mengikut fahaman Salafiah Jihadiah yang sama dengan fahaman pengasas maahad tersebut," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 sekolah agama sebar Salafiah Jihadiah ditutup

Posted:

3 sekolah agama sebar Salafiah Jihadiah ditutup

3 sekolah agama sebar Salafiah Jihadiah ditutup

KUALA LUMPUR 21 Jun - Tiga buah sekolah agama di seluruh negara telah ditutup selepas dikesan menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah iaitu merekrut pelajar untuk terlibat dalam kegiatan militan Jemaah Islamiah (JI) bagi melancarkan jihad perang ke atas kerajaan yang didakwa tidak Islamik.

Salah sebuah sekolah agama yang terlibat adalah Sekolah Agama Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang diasaskan pemimpin JI, Ali Ghufron atau dikenali sebagai Mukhlas, telah ditutup pada 2002.

Menurut sumber polis, anak lelaki Muhamad Iqbal @ Abu Jibril, pemimpin JI yang dikenali sebagai Mohd. Jibril merupakan anggota kumpulan Al-Guraba JI yang dibentuk bagi melahirkan pemimpin pelapis JI, pernah belajar di sekolah agama tersebut.

"Seramai 15 anggota kumpulan sel Al-Guraba, JI ini termasuk 13 pelajar Sekolah Luqmanul Hakiem yang kebanyakannya anak-anak anggota JI ditahan di Pakistan tahun 2003," kata sumber itu.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tampin, Negeri Sembilan yang mengaku diminta berbaiah untuk menyimpan rahsia kegiatan gerakan itu untuk menjatuhkan kerajaan menerusi jihad.

Selain diminta baiah, pelajar yang dikenali sebagai Ahmad, 18, turut mendakwa mereka diajar menyertai perhimpunan haram menentang polis.

Selain itu, kata sumber tersebut, Sekolah Agama al-Quran Waddin di Bandar Baru Uda, Johor Bharu yang diasaskan anggota kanan JI telah ditutup pada tahun 2009.

Sebuah lagi sekolah agama yang baru ditutup pada tahun lalu adalah Sekolah Raudhatul Muwahidun, Kelantan yang diasaskan oleh beberapa anggota kumpulan kecil JI 'Tanzdim Al-Qaeda Asia Tenggara' yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kata sumber itu, tiga graduan UTM, Johor pernah ditahan di Thailand kerana terlibat dalam kegiatan militan di negara itu. Dua daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun kerana terlibat dalam aktiviti keganasan di selatan Thailand manakala seorang lagi dibebaskan.

"Dalam operasi berasingan di Malaysia, dua lagi graduan ditahan pihak berkuasa Malaysia pada Ogos dan Disember lalu dan kini sedang menjalani Perintah Tahanan selama dua tahun di Kamunting, Perak manakala seorang lagi menghilangkan diri," katanya lagi.

Menurut sumber itu, kumpulan militan kini terus menjadikan universiti tempatan sebagai sasaran untuk merekrut anggota-anggota baru.

Jadi persoalan yang timbul, dari mana datangnya sumber kewangan kegiatan kumpulan itu untuk mengadakan usrah menanam ideologi, latihan-latihan jihad dan bengkel-bengkel demonstrasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved