Jumaat, 24 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Selamatkan habitat penyu Karah

Posted:

Selamatkan habitat penyu Karah

Selamatkan habitat penyu Karah

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Anak-anak penyu yang telah ditetaskan dilepaskan di Pulau Upeh, Melaka, baru-baru ini. - utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 23 Jun - Penduduk negeri ini pasti berbangga apabila populariti Pulau Upeh yang terletak kira-kira satu kilometer nautika dari Klebang di sini, diiktiraf sebagai destinasi pendaratan penyu Karah utama di Asia Tenggara.

Sepanjang tempoh lima tahun lalu bermula tahun 2006, sebanyak 433 penyu Karah telah mendarat di pulau itu yang mempunyai keluasan kira-kira 1.8 hektar.

Ia sekali gus menjadikan Pulau Upeh lokasi utama daripada keseluruhan 17 lokasi pendaratan dan penyu Karah bertelur di negeri ini selain Tanjung Keling, Kem Terendak, Tanjung Bidara dan Padang Kemunting.

Daripada 433 pendaratan penyu Karah di Pulau Upeh, ia menghasilkan 56,825 biji telur berbanding Padang Kemunting (Alor Gajah) sebanyak 39,300 biji; Kem Terendak (38,731 biji) manakala 22,983 biji di Pasir Gembor.

Bagaimanapun, kata Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Jabatan Perikanan, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, keadaan itu pasti berubah dan keunggulan Pulau Upeh sebagai tumpuan penyu Karah mendarat dan bertelur tidak akan bertahan lama.

Ini kerana, katanya, faktor manusia masih menjadi faktor utama mengancam kepada kehidupan habitat hidupan laut tersebut dengan pelbagai pencemaran terutama ancaman di laut.

"Kesan pencemaran laut, pantai dengan ditambah pencemaran lain seperti kegiatan mencuri telur dan banyak penyu mati tersangkut pada pukat tunda nelayan terutama pada waktu musim bertelur.

"Ada tiga sebab mengapa berlaku kepada kepupusan habitat penyu atau penyu 'lari' dari tempat kebiasaannya mendarat kerana tempat lama sudah tidak lagi sunyi, bersih atau gelap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena program 'Kenangan Semalam di Pulau Upeh' yang dihadiri wakil-wakil media, Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal di sini baru-baru ini.

Menurut Syed Abdullah, ancaman pencemaran yang berpunca dari sikap manusia tidak mendatangkan kesan kepada kepupusan atau kemusnahan habitat penyu pada masa ini sebaliknya berlaku dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi.

Kebimbangan Syed Abdullah jelas dilihat sewaktu kumpulan media menerima pendaratan pertama seekor penyu Karah berusia 20 tahun kira-kira pukul 11.15 malam di pesisir pantai Pulau Upeh.

Dengan ukuran 77 sentimeter panjang dan 68 sentimeter lebar, penyu Karah tersebut agak sukar mencari tempat ia bertelur ekoran keadaan kawasan itu yang agak kotor mengandungi bekas tin air minuman dan plastik.

Setelah meraya-rayau sebanyak dua kali mencari tempat yang sesuai, akhirnya penyu Karah tersebut mengeluarkan kira-kira 120 biji telur walaupun terdapat sisa sampah-sarap terletak berhampiran kawasan ia bertelur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan Pulau Upeh dipastikan mesra penyu

Posted:

Pembangunan Pulau Upeh dipastikan mesra penyu

Pembangunan Pulau Upeh dipastikan mesra penyu


Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Jabatan Perikanan, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir (kanan) sambil dibantu R. Perumal memeriksa tagging pada kaki penyu karah di Pulau Upeh, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 23 Jun - Kerajaan negeri memberi jaminan sebarang bentuk pembangunan fizikal yang dirancang dijalankan di Pulau Upeh iaitu lokasi utama penyu Karah mendarat dan bertelur, disesuaikan mengikut ekologi hidupan laut tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, pada masa ini, pihaknya dimaklumkan terdapat rancangan untuk memajukan Pulau Upeh untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan negeri belum dapat memastikan bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan tersebut memandangkan ia cuma baharu di peringkat cadangan.

"Namun, kita akan pastikan pembangunan yang akan dijalankan bersesuaian dengan status Pulau Upeh sebagai tempat penyu mendarat untuk bertelur pada setiap kali musim penyu bertelur iaitu Mei hingga September setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program 'Kenangan Semalam di Pulau Upeh' yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali di sini baru-baru ini.

Program yang disertai kira-kira 20 wakil media akhbar dan elektronik itu berpeluang menyaksikan sendiri pendaratan penyu Karah bertelur dan melepaskan kira-kira 200 ekor anak penyu Karah ke laut.

Selain itu, kata Perumal, aktiviti penyu Karah mendarat dan bertelur di Pulau Upeh berpotensi dijadikan salah satu produk pelancongan di negeri ini sekiranya ia mendapat penglibatan pihak swasta.

Ujar beliau, mereka yang berminat membangunkan Pulau Upeh perlu memastikan projek yang dijalankan seiring dengan keperluan habitat penyu Karah agar populariti pulau itu tidak mengalami nasib yang pernah melanda pusat penyu Rantau Abang, Terengganu satu masa lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nelayan dakwa rezeki terjejas

Posted:

Nelayan dakwa rezeki terjejas

Nelayan dakwa rezeki terjejas

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Sebahagian daripada nelayan mendaftar nama masing-masing semasa perjumpaan dengan persatuan nelayan bagi membincangkan pampasan akibat pembinaan jeti di Kampung Hailam, Melaka, kelmarin.


MELAKA 23 Jun – Seramai 140 nelayan di Kampung Lereh, Kampung Balik Bukit dan Kampung Hailam, Tanjung Kling di sini yang merosot pendapatan ekoran kerja-kerja pembinaan jeti serta paip dasar laut di Pantai Kundur sejak tiga bulan lalu merayu pembelaan daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Kling, Khairulazni Baharuddin berkata, walaupun jarak ketiga-tiga jeti nelayan itu terletak kira-kira 1.5 batu nautika dari tapak projek berkenaan, pendapatan mereka turut terjejas kerana nelayan di situ turut menangkap ikan di kawasan tersebut.

"Justeru, kami amat berharap nasib nelayan di sini juga dibela sebagaimana nelayan di Pantai Kundur dan Tanjung Bidara yang menerima saguhati RM1,400 seorang daripada kerajaan negeri setelah pendapatan mereka terjejas ekoran projek berkenaan," katanya kepada pemberita di Kampung Hailam di sini semalam.

Bagi nelayan, Mustapah Japar, 48, kebanyakan nelayan kehilangan pendapatan sekitar 20 peratus sejak projek berkenaan bermula.

"Kawasan projek tersebut merupakan lubuk ikan membuatkan ramai nelayan lebih gemar menangkap ikan di sana walaupun jaraknya agak jauh.

"Dulu setiap bot boleh dapat RM200 hingga RM300 sehari, namun kini nak capai RM150 sehari pun susah," katanya.

Sementara itu, salah seorang nelayan di Kampung Lereh, Othman Samad, 59, berkata, kawasan projek berkenaan mempunyai banyak ikan bawal yang memberi hasil besar kepada nelayan.

"Jika kami pergi menangkap ikan di tempat lain, kami tak akan dapat hasil seperti sebelum ini.

"Tambahan pula, laut sekitar Klebang telah banyak ditambak menyebabkan nelayan di Lereh tidak lagi dapat menangkap ikan di sana," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved