Jumaat, 24 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mengenali budaya, adat resam

Posted:

Mengenali budaya, adat resam

Mengenali budaya, adat resam

Oleh FARIK SALLEH
editjohor@utusangroup.com.my


Peserta yang menyertai Program Pertukaran Pelajar Antarabudaya Melalui Keluarga Angkat anjuran AFS bergambar kenangan di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 23 Jun - Keharmonian hidup rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama dikagumi pelajar luar negara yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar Antarabudaya Melalui Keluarga Angkat anjuran Yayasan Antarabudaya Malaysia (AFS), baru-baru ini.

Kumpulan pelajar luar negara itu diberikan peluang tinggal bersama keluarga angkat selama tiga hari di Homestay Kampung Temenin Baru, dekat sini untuk melihat kehidupan rakyat Malaysia secara dekat.

Seorang pelajar Jerman, Elisabeth Klein, 17, mengakui program itu membolehkannya menikmati suasana kampung serta merasai makanan orang Melayu yang enak walaupun agak pedas.

"Saya seronok kerana penduduk di sini semuanya peramah dan menerima kehadiran saya dengan baik. Saya dapat melihat kehidupan penoreh getah dan bagaimana pokok getah ditoreh," katanya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik yang telah 11 bulan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, Ipoh, Perak.

Anak bongsu daripada tiga beradik dari Itali, Porru Veronica, 18, pula teruja kerana berpeluang menyertai program tersebut dan berharap dapat menyesuaikan diri serta belajar bahasa Melayu.

"Pelbagai makanan yang sedap disediakan oleh keluarga angkat dan saya gembira dapat mempelajari cara dan proses memasak lemang," katanya yang menyifatkan peluang seperti ini hadir hanya sekali seumur hidup dan belajar di SMK Chenderawasih, Kuantan, Pahang.

Bagi Melania Van Cauwenbergha, 18, dari Belgium, program itu membolehkannya berkenalan dengan lebih ramai rakan dari pelbagai negara selain mendalami kehidupan masyarakat Malaysia, khasnya di Johor.

"Dengan keramahan dan keprihatinan masyarakat di sini, saya dapat menyesuaikan diri dengan mudah," katanya bangga kerana kini mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan kini menuntut di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis.

Nathalie Goetz, 18, pula mengakui keadaan di sini berbeza berbanding kampungnya di Jerman sambil menyifatkan pengalaman mandi menggunakan gayung merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Dia yang belajar di SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor turut mengakui kemesraan dan layanan keluarga angkat yang baik membuatnya sedih apabila terpaksa berpisah pada akhir program tersebut.

Bapa angkatnya, Ab. Karim Ab. Ghani, 47, memberitahu, program seumpama itu sering diadakan di kampung tersebut dan mereka akan memberi layanan terbaik kepada anak angkat masing-masing.

"Ini adalah cara kami memperkenalkan Malaysia. Pelajar mahupun pelancong akan diajar selok-belok tinggal di kampung dan menikmati suasana berbeza dengan perumahan mereka di negara masing-masing," katanya.

Anak keduanya, Arrzalina, 23, pula berharap program pertukaran pelajar seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberikan pelbagai manfaat kepada peserta dan keluarga angkat masing-masing.

"Program ini dapat mempromosikan keunikan kehidupan penduduk negara ini selain sebagai produk pelancongan dan dapat merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program pertukaran wujudkan persefahaman

Posted:

Program pertukaran wujudkan persefahaman

Program pertukaran wujudkan persefahaman

KOTA TINGGI 23 Jun - Program pertukaran pelajar antara budaya melalui keluarga angkat berpotensi mewujudkan persefahaman yang lebih kukuh antara rakyat negara ini dan warga asing.

Program tersebut juga mampu menjadi platform berkesan mempromosikan budaya dan keunikan yang terdapat di negara ini dan medan bertukar ilmu serta pandangan antara pelajar antarabangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, program berkenaan bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang menekankan unsur perpaduan dan kesaksamaan dalam semua aspek termasuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Tengah Hari Pertukaran Pelajar Antarabudaya Melalui Keluarga Angkat anjuran Yayasan Antrabudaya Malaysia (AFS) di Dewan Terbuka Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi AFS Segamat, Nazhatulshima Nolan, Ketua Kampung Temenin, Rahmat Ibrahim dan Pengerusi Homestay Kampung Temenin Baru, Zainoh Musa.

Pada majlis itu, seramai 42 pelajar pertukaran antarabudaya AFS dari pelbagai negara seperti Jerman, Belgium, Sweden, New Zealand, Itali, Portugal, Perancis, Sepanyol, Hungary dan Amerika Syarikat berusia antara 16 hingga 18 tahun diberi pendedahan dan menimba pengalaman selama tiga hari di perkampungan tradisional tersebut.

Sementara itu, Nazhatulshima berkata, program itu mampu menggalakkan pembelajaran antara budaya melalui keluarga angkat yang dipilih.

Sepanjang program, peserta diperkenalkan dengan pelbagai makanan dan cara hidup serta budaya kampung termasuk permainan tradisional seperti timbang bulu ayam, menarik upih, baling selipar dan boling buah kelapa selain merasai sendiri proses menoreh getah, memasak lemang dan mempelajari kraf tangan.

Katanya, program itu dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan Negeri Johor dengan anjuran bersama oleh AFS Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved