Jumaat, 24 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


LKPP majukan projek akuakultur

Posted:

LKPP majukan projek akuakultur

LKPP majukan projek akuakultur

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 24 Jun - Sebanyak 43 unit kolam ternakan ikan di kawasan seluas 30 hektar di Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Kampung Pandan 2 di sini dibangunkan semula oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP) Corporations Sdn. Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, projek akuakultur itu dibangunkan semula selepas banjir besar yang melanda pada 2006 memusnahkan hampir semua ternakan tersebut.

Menurutnya, kesan bencana itu, sebahagian besar kawasan tersebut terbiar dan suntikan modal yang besar diperlukan bagi memastikan operasi ternakan ikan air tawar dapat diteruskan.

''Dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), saya percaya projek akuakultur ini akan berjaya dilaksanakan dan membawa pulangan kepada peserta serta menjadi sumber ekonomi utama kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Akuakultur ZIA di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Panching, Mohd. Zaili Besar, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman dan Penolong Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ahmad Nayan.

Pada majlis tersebut, Tan Mohd. Aminuddin turut melepaskan 15,000 benih ikan tilapia merah setiap kolam dan dijangka mampu memperoleh pendapatan dalam jangka masa enam bulan.

Menurut beliau, industri akuakultur berpotensi dimajukan memandangkan kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka yang berminat menceburi bidang tersebut dan telah mengenal pasti zon yang bersesuaian.

''Di negeri ini, tiada rungutan mengenai kekurangan bekalan ikan kerana ia sentiasa mencukupi dan hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana jumlah ikan air tawar mampu menampung kekurangan ikan laut.

''Sektor perikanan adalah antara penyumbang utama makanan dari sumber protein di negeri ini dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk selain kualitinya yang terbaik," katanya.

Beliau berkata, ikan air tawar yang dikeluarkan juga berkualiti dan diterima dalam

pasaran hasil pemantauan Jabatan Perikanan Negeri (JPN).

Tan Mohd. Aminuddin memberitahu, sektor perikanan adalah antara penyumbang utama makanan di negeri ini selain menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutama golongan miskin.

Katanya, selain daerah ini, ikan sangkar turut dikomersialkan di beberapa daerah termasuk Raub, Maran dan Rompin.

''Kerajaan negeri mengalu-alukan penggunaan kaedah akuakultur ini selaras dengan keperluan semasa yang mementingkan hasil berkualiti dan pengoperasian ladang yang mesra alam.

''Dengan sasaran pengeluaran benih ikan laut sebanyak lima juta ekor setahun, ia dijangka mampu menampung kegunaan ladang-ladang ZIA di negeri ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat kenderaan disita, 153 saman

Posted:

Empat kenderaan disita, 153 saman

Empat kenderaan disita, 153 saman


Zakaria Man (kiri) memeriksa cermin tingkap sebuah kereta yang dipercayai tidak mengikut spesifikasi JPJ dalam Ops Pengarah di Kuantan, semalam.


KUANTAN 24 Jun - Empat buah kenderaan disita manakala 153 saman dikeluarkan dalam 'Ops Pengarah' yang diadakan di Jalan Tun Ismail berhadapan pusat beli-belah Berjaya Megamall, Jalan Besar dan Jalan Beserah di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Zakaria Man berkata, masing-masing dua kereta dan motosikal itu didapati tidak memiliki cukai jalan, nombor pendaftaran yang tidak sama dengan cukai jalan dan pelbagai kesalahan lain.

"Pemilik kenderaan ini boleh dikenakan tindakan mahkamah dan didakwa di bawah Seksyen 108(3B) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selewat-lewatnya pada September ini," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu.

'Ops Pengarah' yang pertama kali diadakan tahun ini bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi melibatkan seramai 60 anggota.

Zakaria memberitahu, pihaknya turut merampas lesen memandu seorang penunggang motosikal yang dipercayai palsu dan bakal berdepan dengan tindakan mahkamah serta didakwa di bawah Seksyen 108(3) akta yang sama.

Menurut beliau, kebanyakan kesalahan yang dikesan melibatkan cukai jalan, lesen memandu, penggunaan cermin gelap keterlaluan dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan.

Pada operasi itu juga, tambahnya, beberapa kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi juga dikenakan saman.

"Cermin perlu dipastikan berada pada tahap 50 peratus kecerahan bagi di bahagian tepi manakala cermin hadapan dan belakang pula memerlukan 70 peratus kecerahan," katanya.

Zakaria menambah, operasi yang sama akan diteruskan di sekitar negeri ini daripada semasa ke semasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu lori seleweng diesel didenda RM8,000

Posted:

Pemandu lori seleweng diesel didenda RM8,000

Pemandu lori seleweng diesel didenda RM8,000

KUANTAN 24 Jun - Mahkamah Seksyen di sini semalam menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 terhadap seorang pemandu lori selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan membekalkan minyak diesel tanpa kebenaran dan tidak membayar caj kenderaan pada 12 Jun lalu.

Samsudin Mat Hassan, 55, dari Kampung Paya Balai Besar, Dungun Terengganu mengaku bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang memandu lori memasuki Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini membekalkan bahan api sebanyak 13,650 liter minyak diesel kepada bot nelayan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah LKIM kira-kira pukul 4 petang, 12 Jun lalu.

Tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 17(1) Akta LKIM 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum, RM15,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Samsudin didapati bersalah tidak membayar caj kenderaan menggunakan ruang di kompleks tersebut pada tarikh dan masa sama.

Tertuduh didapati tidak mematuhi Kaedah 10 Bahagian 1 Jadual Kedua (a)(ii) Kaedah-Kaedah LKIM (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010.

Tertuduh yang ditangkap pada 13 Jun lalu disabitkan di bawah Seksyen 17 (1) Akta LKIM 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum, RM15,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa LKIM, Zulkifli Ismail meminta hakim menjatuhkan hukuman setimpal dan Fathiyah menetapkan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, Fathiyah menetapkan denda sebanyak RM3,000 atau empat bulan penjara jika tidak membayar denda itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved