Jumaat, 24 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Rancang pelan luar jangka

Posted:

Rancang pelan luar jangka

Rancang pelan luar jangka

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR dan METRA SYAHRIL MOHAMED

KUALA LUMPUR 24 Jun - Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kini dikesan sedang memperhebatkan persiapan, antaranya menyediakan pelan kontingensi seandainya pihak berkuasa berjaya menggagalkan rancangan mereka untuk berhimpun pada 9 Julai ini.

Persiapan itu dirangka rapi bagi menampakkan perhimpunan haram tersebut seolah-olah berjaya mendapat sambutan rakyat di negara ini.

Selain itu, bagi membolehkan pengikut perhimpunan ini tiba di ibu negara seperti yang dirancang tanpa sekatan pihak berkuasa, pelan kontingensi itu antara lain meminta mereka datang ke ibu negara beberapa hari lebih awal.

Menurut sumber polis, terdapat maklumat yang mengatakan peserta perhimpunan itu akan datang lebih awal dan menginap di beberapa hotel di sekitar ibu negara, selain surau serta masjid sebelum menyertai perhimpunan pada 9 Julai.

"Maklumat yang diterima mendapati, beberapa hotel murah di sekitar Jalan Chow Kit telah ditempah, malah kita percaya peserta dari luar Kuala Lumpur sanggup datang awal dan tidur di masjid, surau atau hentian rehat dan rawat lebuh raya.

"Beberapa buah masjid juga sudah dikenal pasti akan menjadi lokasi penginapan mereka dan kita percaya, satu majlis prasambutan akan diadakan di Gombak pada malam sebelum perhimpunan itu," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Selain di dalam negara, penganjur juga turut meminta kerjasama pengikut mereka untuk mengadakan perhimpunan di pejabat kedutaan Malaysia dan tempat-tempat tumpuan awam di luar negara pada tarikh yang sama.

Menurut sumber, antara lokasi luar negara yang dikesan akan diadakan perhimpunan itu adalah di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia, Jepun, Taiwan dan United Kingdom.

Sementara itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi malam ini tetap dengan keputusannya untuk terus mengadakan perhimpunan itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

"Bersih akan tetap diteruskan. Tiada komen lanjut dan sila laporkan perkara ini dengan tepat," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim malam ini.

Sehingga petang tadi, sebanyak 1,092 laporan polis telah diterima di seluruh negara yang menyatakan bantahan terhadap rancangan perhimpunan haram itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,092 laporan polis diterima di seluruh negara

Posted:

1,092 laporan polis diterima di seluruh negara

1,092 laporan polis diterima di seluruh negara


Helmi Mohamed (tiga dari kanan) dan Murtaza Umar (tengah) menunjukkan laporan polis yang membantah penganjuran Bersih di Balai Polis Bandar Jengka, Pahang, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Jun - Bantahan pelbagai lapisan masyarakat terhadap langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini semakin terserlah apabila 1,092 laporan polis telah diterima di seluruh negara sehingga petang ini.

Peningkatan jumlah laporan polis itu turut membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan itu kerana bimbang keamanan dan keselamatan awam terjejas.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mewakili sejumlah 197,000 membuat laporan polis melibatkan semua 13 cawangan universiti itu di seluruh negara.

Di SHAH ALAM, Yang Dipertua MPP UiTM kampus induk itu, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, penganjur perhimpunan haram itu cuba membawa pengaruh buruk kepada keamanan negara ini termasuk menghasut pemikiran para mahasiswa universiti.

"Kami pelajar UiTM menolak perhimpunan haram Bersih kerana tidak mahu budaya murahan seperti itu menular di dalam masyarakat khususnya mahasiswa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Di PAHANG, Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Krau dan penduduk Felda Wilayah Jengka membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka bagi membantah perhimpunan tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Helmi Mohamed berkata, masyarakat di Parlimen itu membantah sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram tersebut yang hanya membawa kesan negatif kepada negara.

Pegawai Seranta Felda Wilayah Jengka, Murtaza Umar pula berkata, budaya berdemonstrasi dan merusuh di jalan raya bagi membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat adalah di luar prinsip demokrasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved