Khamis, 1 Mei 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Dua tapak dicadang bina rumah

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Azlan Man

KANGAR 30 April - Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedang menilai dua tapak yang sesuai untuk dicadang bagi melaksanakan projek pembangunan perumahan PR1MA di negeri ini.

Menteri Besar, Azlan Man berkata, dua tapak yang dicadangkan itu di Kampung Wai di Kuala Perlis (bersebelahan Program Perumahan Rakyat Kuala Perlis V, Kampung Wai) dan di Padang Besar (bersebelahan kawasan Hab Halal).

Sebaik sahaja penilaian itu siap baru PR1MA akan membentangkan kesesuaian tapak itu dalam mesyuarat Members of Corporation (MoC) bagi mencapai keputusan," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Aismaiza Ahmad (BN- Chuping).

Azlan berkata, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) juga sedang berunding dengan PR1MA untuk bekerjasama membangunkan perumahan tersebut di dua tapak tanah miliknya iaitu di Padang Besar seluas 5.8 hektar dan Ngulang seluas 3.8 hektar.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak bercadang mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) kerana perkhidmatan kerajaan mudah diakses dan diperoleh.

Tambahan pula jika mewujudkan UTC biasanya menggunakan bangunan kerajaan yang kosong atau tidak lagi digunakan dan ia akan melibatkan kos operasi tambahan kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya melihat kemungkinan kesesuaian untuk mewujudkan Pusat Transformasi Luar bandar (RTC) yang mana konsep RTC telah diubah suai bagi menyediakan ruang perniagaan kepada usahawan.

70,274 rakyat Perlis layak terima BR1M

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Rela Ahmad

KANGAR 30 April - Sebanyak 83,762 rakyat Perlis memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 28 Mac tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rela Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 70,274 pemohon sahaja layak menerima BR1M.

Daripada jumlah itu juga cuma 13,488 pemohon didapati tidak layak menerima BR1M," katanya ketika menjawab soalan Nurulhisham Yaakob (BN-Simpang Empat).

Rela berkata, sebanyak 36,690 pemohon yang menerima BR1M ini mempunyai akaun bank manakala 33,584 lagi tidak mempunyai akaun bank.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 52.21 peratus pembayaran BR1M dilaksanakan menerusi akaun bank.

Rela berkata, sehingga kini pihaknya juga tidak menerima laporan rasmi mengenai kes suami dan isteri menerima BR1M.

Katanya, jika terdapat kes seperti ini maka laporan secara rasmi perlu dirujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya langkah sewajarnya dapat diambil.

Rimba Mas dikenal pasti tapak pelupusan sampah baharu

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

KANGAR 30 April - Rimba Mas telah dikenal pasti paling sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah baharu bagi menggantikan tapak sedia ada di Padang Siding yang hampir tamat tempoh penggunaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mat Hassan berkata, usaha mencari lokasi yang sesuai untuk tapak pelupusan sampah itu dimulakan sejak tahun 2008 di mana selain Rimba Mas, antara kawasan lain yang dicadangkan adalah Kuala Perlis dan Guar Tong-Tong.

Dalam proses pemilihan ini setiap tapak yang dicadangkan perlu memenuhi kriteria penting seperti keluasan tanah, jarak dari kawasan penempatan, faktor ekonomi, kedudukan tanah berdasarkan topografi kawasan sekeliling dan aliran air bawah tanah," katanya katanya ketika menjawab soalan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Mat berkata, kerajaan telah melantik perunding untuk melaksanakan Kajian Impak Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA).

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah meluluskan kajian DEIA.

Antara syarat tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang ditetapkan DEIA oleh JAS adalah keperluan zon pemampan iaitu tidak kurang dari 500 meter radius," katanya.

Berikutan itu katanya, tapak di Rimba Mas didapati telah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak ini.

Katanya, kerajaan menyedari ada kumpulan masyarakat yang tidak puas hati dengan pemilihan ini tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu membuat keputusan terbaik untuk memastikan hak-hak kumpulan masyarakat terbesar dipelihara.

Mat menegaskan, tapak sanitiri ini memang mempunyai ciri-ciri pengendalian terkini bagi meminimumkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved