Khamis, 1 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penjawat awam sertai perhimpunan GST dianggap pengkhianat - Cuepacs

Posted: 01 May 2014 01:00 AM PDT

JITRA 1 Mei - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata, penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata, penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta," katanya. - BERNAMA

Kerajaan tetap laksana GST - Ahmad Maslan

Posted: 01 May 2014 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata, penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata, GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya. - BERNAMA

Aburizal sedia jadi calon Naib Presiden Prabowo

Posted: 01 May 2014 12:02 AM PDT

JAKARTA 1 Mei - Ketua Umum Parti Golongan Karya (Golkar), Aburizal Bakrie menegaskan pakatan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) untuk merebut jawatan presiden dan naib presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan, bakal menjadi kenyataan.

Aburizal berkata, walaupun Parti Golkar dan Gerindra sudahpun menamakan bakal calon presiden masing-masing, perkara itu masih boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua parti berkenaan.

"Boleh jadi dia (Prabowo Subianto) menjadi nombor satu (calon presiden), saya nombor dua (calon naib presiden). Boleh juga sebaliknya," kata Aburizal kepada pemberita di sini, Rabu.

Aburizal dan Prabowo, yang juga Ketua Umum Gerindra, mengadakan pertemuan empat mata di kediaman pemimpin Golkar itu pada Selasa lepas untuk membincangkan kerjasama politik menjelang Pemilu presiden akan datang.

Pertemuan itu mendapat liputan meluas media massa berikutan kedua-dua parti berkenaan, masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam proses pengiraan awal Pemilu Parlimen, 9 April lepas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved