Khamis, 10 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Langat 2 akan dibina dalam masa terdekat - MB Selangor

Posted: 10 Apr 2014 02:17 AM PDT

SHAH ALAM 10 April - Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan dilaksanakan dalam masa terdekat. kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, projek tersebut juga akan dilaksanakan secara serentak dengan penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Menurutnya, pelaksanaan tersebut adalah sebahagian komponen dalam penyaluran air mentah yang mana kerajaan negeri telah pun menandatangani penerimaan projek berkenaan daripada Kerajaan Pusat.

"Ketika ini projek tersebut ditangguhkan bagi mendapatkan proses kelulusan guna tanah sementara penstrukturan air masih dibincangkan secara holistik.

"Projek Langat 2 juga akan dipantau oleh kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Kasim Abdul Aziz (Pas-Lembah Jaya) mengenai status Langat 2. - UTUSAN ONLINE

Hujan lebih kerap sehingga awal Mei

Posted: 10 Apr 2014 02:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April - Fenomena peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac lalu dijangka akan berterusan sehingga awal Mei tahun ini.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi, fenomena tersebut akan mengakibatkan jumlah taburan hujan di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia mengalami peningkatan dari masa ke semasa.

Jelas laman web tersebut, lazimnya dalam tempoh itu, fenomena ribut petir dan hujan lebat dijangka akan kerap berlaku terutamanya pada sebelah petang dan awal senja di beberapa negeri pantai timur dan pantai barat semenanjung Malaysia serta pendalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kejadian hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku sepanjang tempoh ini. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersedia dan berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat," jelas laman web itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kementerian Kesihatan belum cadang laksana suntikan vaksin Pneumococcal

Posted: 10 Apr 2014 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Kesihatan belum bercadang melaksanakan suntikan vaksin Pneumococcal secara rutin kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, ini kerana, jumlah kes penyakit Pneumococcal di negara adalah rendah dengan sebanyak 31 kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dirawat di hospital kerajaan.

Selain itu, katanya, Malaysia juga tidak memenuhi kriteria untuk memasukkan vaksin Pneumococcal ke dalam program imunisasi kanak-kanak kebangsaan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012.

"Kriteria itu ialah jika kematian kanak-kanak di bawah lima tahun adalah melebihi 50 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup, maka pemberian vaksin itu perlu diberikan secara rutin," katanya ketika menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas).

Henry Sum bertanya sama ada Kementerian Kesihatan bercadang melindungi kanak-kanak di Malaysia daripada penyakit Pneumococcal dengan memberi suntikan ubat itu bagi mengelak ia merebak dalam kalangan kanak-kanak. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved