Rabu, 5 Mac 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sisipan Tutor murah, kandungan bernilai

Posted: 05 Mar 2014 11:23 AM PST

Lee Su Hong (tengah) menyerahkan replika cek kepada Azman Mansor (kiri) sambil disaksikan Mohd. Nordin Mohamad (dua dari kiri), Mohd. Isah Ismail (dua dari kanan) dan Omar Ahmad semasa majlis pelancaran Tutor Utusan Malaysia di SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin. - Utusan/AINAA MARDHIAH MOHD GHAZALI

SEREMBAN 5 Mac - Hanya dengan RM30 setahun, pelajar boleh menjadikan sisipan Tutor keluaran Utusan Malaysia sebagai bahan rujukan untuk persediaan menghadapi peperiksaan umum.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar, Datuk Mohd. Nordin Mohamad berkata, sisipan Tutor setebal 20 halaman itu dijual dengan harga yang amat berpatutan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu masa kini.

"Tidak salah sekiranya kita berkorban wang sedikit untuk membeli bahan rujukan Tutor demi melihat anak kita menempah nama ke menara gading kelak.

"Anak kita juga boleh berjaya dengan cemerlang seperti orang lain jika diberi peluang dan ruang," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Tutor Utusan Malaysia di SMK Taman Tuanku Jaafar dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Mohd. Isah Ismail; Pengetua Cemerlang, Omar Ahmad dan wakil Utusan Malaysia, Azman Mansor.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 22,600 naskhah Tutor ditaja oleh Pengarah Urusan KBKL Sdn. Bhd., Datuk Lee Su Hong.

Tambah Mohd. Nordin, sisipan berkenaan berupaya menjadikan pelajar lebih matang menerusi latihan serta kandungannya.

"Tutor menampilkan kelainan berbanding sisipan pendidikan saingannya kerana kandungannya amat berkualiti dan membolehkan pelajar membaca secara santai.

"Walaupun nampak ringkas, akhbar Tutor mengaplikasikan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT) yang sangat diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan serta dilengkapi soalan latih tubi berformat peperiksaan," ujarnya.

Beliau berharap pelajar dapat memanfaatkan bahan tajaan itu dengan sepenuhnya dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam membantu pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah.

Anak gelandangan dipastikan tidak tercicir pendidikan rendah

Posted: 05 Mar 2014 11:23 AM PST

TAPAH 5 Mac - Langkah kerajaan memperkenalkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih sebagai sekolah khas membantu anak gelandangan di jalanan merupakan komitmen Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir dalam mengikuti pendidikan di peringkat rendah.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad berkata, sekolah tersebut yang mula beroperasi sejak September tahun lalu di Chow Kit, Kuala Lumpur; kini mempunyai sebanyak 110 murid.

Tiada kerajaan di dunia ini yang menganjurkan sekolah seperti ini untuk kanak-kanak jalanan melainkan yang hanya diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, modul pembelajaran kepada pelajar ini berbeza berbanding kurikulum sekolah biasa kerana ada antara mereka yang langsung tidak pernah bersekolah, malahan sudah berusia 15 hingga 16 tahun pun masih tidak mengenal A,B,C," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan projek Basic Education Support (Best) anjuran Yayasan Aeon Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Tujuh di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Yayasan Aeon Malaysia, Datuk Abdullah Mohd. Yusof dan Timbalan Presiden 1, Nur Qamarina Chew Abdullah serta Guru Besar SK Batu Tujuh, Hamidah Majid.

Mazlan berkata, sekolah tersebut yang diletakkan di bawah pengurusan bahagiannya itu menawarkan pendidikan seawal peringkat prasekolah sehingga ke tingkatan lima selain menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang vokasional.

Kanak-kanak ini merupakan warganegara Malaysia, namun mungkin salah seorang daripada ibu bapa mereka tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya khususnya kepada pihak polis, tentera, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi kerajaan dan swasta yang banyak membantu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved