Isnin, 31 Mac 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi barangan unik

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Gabungan perak 925 dan emas 18 karat.

BARANG kemas wanita tidak terhad pada aksesori bersalut emas, permata atau berlian kerana terdapat koleksi unik yang direka mengikut cita rasa atau kisah di sebalik kehidupan.

Jenama barang kemas, Rosato memberikan gaya alternatif melalui batu-batuan charm yang boleh digabungkan mengikut pilihan dan personaliti si pemakai. Rosato menawarkan satu cara unik yang membolehkan setiap wanita meraikan detik-detik bermakna dalam hidup mereka melalui kombinasi charm yang dipilih.

Ini memberi satu dimensi baharu untuk merakamkan setiap detik yang tidak dapat dilupakan.

Barangan kemas ini bukan sahaja mampu dimiliki pada harga yang berpatutan malah Rosato membawa satu kelainan kepada pelanggannya dengan koleksi barangan kemas yang menarik dan istimewa.

Terdapat pelbagai rekaan charm seperti beg tangan, kasut, teko dan sebagainya.

Aksesori yang berasal dari Itali ini bukan sahaja dijadikan hiasan gelang, bahkan anda boleh gunakan sebagai loket rantai.

Penggemar Rosato di Malaysia boleh mendapatkan koleksi terkini di butik eksklusif yang terletak di Starhill dan Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Cathie si pinggang ramping

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

CATHIE pernah membuat kemunculan dalam beberapa buah filem.

PINGGANG yang ramping bagaikan kerengga sememangnya idaman wanita kerana ia boleh dikatakan sebagai lambang kecantikan fizikal seorang wanita.

Namun, mahukah anda pinggang seramping Cathie Jung yang memegang gelaran pinggang paling ramping di dalam Guinness World Records?

Memiliki lilitan pinggang 38.1 sentimeter, pinggang wanita berusia 77 tahun ini sama saiz dengan sebuah balang mayones!

Malah, saiz pinggangnya lebih kecil daripada ukur lilit pinggang patung Barbie yang mengikut statistik ukuran pinggangnya 45.7 sentimeter.

Rahsia kerampingan pinggang Cathie ialah pemakaian korset sepanjang hari dan masa sejak 1985 sehingga sekarang dan dia juga memiliki sehingga 100 helai korset.

Dia hanya membuka korset ketika mandi dan jika cuaca terlalu panas kerana obses dengan pinggang seperti wanita zaman dulu-dulu.

Dengan ukuran badan 39-15-39 dan ketinggian 165 sentimeter, ujar Ratu Korset ini, kejayaannya mengurangkan ukuran pinggang sehingga 27.9 sentimeter dengan pemakaian korset berterusan atas sokongan suaminya, Bob yang merupakan doktor bedah ortopedik.

Bob yang selalu mengambil gambar sinaran X isterinya berkata tiada masalah untuk isterinya ramping sebegitu dari segi kesihatan kerana struktur korset tersebut memberi sokongan kepada badan terutama tulang belakangnya,

Ujar wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat ini, dia sudah lama mengidam memiliki pinggang yang kecil tetapi hanya berjaya menunaikan misi tersebut pada tahun 1985, selepas anak perempuannya berkahwin dan berpindah dari rumah mereka.

Ini kerana anak perempuan mereka sentiasa mengkritik Cathie apabila dia memakai korset kerana merasakan ia tidak wajar dan memalukan.

Korset pertamanya bersaiz 55.9 sentimeter dan dia turut membeli tali pinggang lebar yang dipakai pada waktu malam.

Tahun demi tahun dengan usaha memakai korset yang berpanjangan, Cathie berjaya mendapatkan pinggang idaman dia dan suaminya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved