Jumaat, 13 September 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penyokong Mursi berhimpun suarakan kemarahan terhadap tentera

Posted: 13 Sep 2013 10:25 AM PDT

KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di sini selepas sembahyang Jumaat sambil melaungkan kemarahan mereka terhadap tentera.

"Sama ada kami mendapatkan hak-hak mereka atau kami mati seperti mereka!, penunjuk perasaan bersorak sambil bergerak ke bandar daerah Nasr, merujuk kepada penyokong Mursi yang terbunuh pada Ogos lalu akibat tindakan kekerasan terhadap dua kem penunjuk perasaan di Kaherah.

Koresponden AFP berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan mengambil bahagian dengan turut diiringi berpuluh-puluh kenderaan.

Mereka juga membawa bendera dan potret penunjuk perasaan yang terbunuh bulan lalu dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Dataran Rabaa al-Adawiya dan al-Nahda. - AFP

Kemboja: Polis temui bom di kawasan perhimpunan

Posted: 13 Sep 2013 10:23 AM PDT

PHNOM PENH 14 Sept. - Polis Kemboja menemui bahan letupan berhampiran taman di mana pihak pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad ini, bagi membantah keputusan pilihan raya yang lalu.

Jurucakap polis negara, Kirt Chantharith berkata, tiga bom tangan telah ditemui hari ini berhampiran pintu utama bangunan Dewan Negara.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung perkara tersebut, bagaimanapun lokasi penemuan bahan letupan itu mengatakan ianya berkaitan rapat dengan situasi politik ketika ini. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved