Utusan Online - Feminin |
Posted: Artis pelaris kosmetikOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAh KALAU bercerita tentang produk kecantikan, artis sering kali dikaitkan. Mengapa? Kerana kecantikan dan artis tidak boleh dipisahkan. Seorang pegawai pemasaran sebuah produk kecantikan antarabangsa pernah memberitahu penulis, lipstik keluaran syarikatnya sangat laku di pasaran sepuluh tahun lalu kerana seorang artis terkenal menjadi duta produk tersebut. Maka tidak hairanlah kalau banyak produk kecantikan tempatan dan antarabangsa menggunakan artis untuk menarik perhatian khalayak sekali gus menjadi 'pelaris' jualan. Justeru artis jelitawan dan popular ini menjadi pilihan untuk menjadi duta produk kecantikan di pasaran. Tidak kurang juga artis yang menjadi senarai jemputan kepada syarikat jenama besar untuk melancarkan produk - produk baru dalam dunia kecantikan dan kosmetik. Ketika ini, di Malaysia, antara artis yang menjadi wajah produk kecantikan 2011 ialah Maya Karin, Lisa Surihani, Diana Danielle , Fauziah Gous , Fazura, Rozita Che Wan, Liyana Jasmay dan Yuna. Tidak ketinggalan, Fauziah Latif yang lebih sedekad menjadi pilihan produk SK II sebagai jurucakap. |
Posted: 10 terbaik Citra WanitaRabiatul Adawiyah Koh Abdullah Mula diperkenalkan pada 2008, ruangan Citra Wanita menjadi penyeri kepada sisipan M2 akhbar Mingguan Malaysia. Menampilkan ramai personaliti wanita menghiasi ruangan tersebut, ia juga dilihat sebagai platform kepada mereka yang mahu membina keyakinan diri. Kebanyakan mereka mempunyai kerjaya dan penampilan tersendiri. Tidak kurang juga yang gemar beraksi di hadapan lensa kamera. Bukan setakat menilai kecantikan fizikal, tetapi keyakinan, personaliti dan kerjaya juga menjadi kriteria utama menilai siapa selayaknya dipilih untuk ruangan ini. Mingguan Malaysia menyenaraikan 10 personaliti Citra Wanita yang menarik daripada 47 wanita yang mengisi ruangan ini sepanjang 2011. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan