Isnin, 31 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keluarga mangsa bunuh dapat simpati

Posted:

Keluarga mangsa bunuh dapat simpati

Keluarga mangsa bunuh dapat simpati


Mesran Tukiman menyampaikan sumbangan peribadi kepada Rahimah Muhammad sambil diperhatikan oleh Kamsiah (nenek Allahyarham Nurul Atikah Samsiah, kanan) di rumah keluarga datuk mangsa di Kampung Perpat, Sedili, Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI 30 Okt. - Kesedihan keluarga mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Nurul Atikah Samsiah terus menjadi tumpuan pelbagai pihak yang bersimpati dengan kejadian itu.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi menziarahi keluarga tersebut di rumah datuk mangsa di Kampung Perpat, Sedeli dekat sini.

Ketuanya, Mesran Tukiman berkata, kunjungan tersebut bagi melahirkan perasaan simpati kepada keluarga mangsa di samping bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

"Pemergian Allahyarham Nurul Atikah merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga ini. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak meringankan beban dan mengurangkan kesedihan yang ditanggung mereka," katanya yang turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.

Mayat Nurul Atikah ditemui dengan kesan lebam teruk di muka dan anggota badan, selang tiga buah rumah dari kediamannya di rumah pekerja Ladang Kambau, Sedeli di sini.

Mangsa yang telah berhenti sekolah selepas tamat persekolahan sekolah rendah dilaporkan hilang pukul 2 petang sehari sebelum mayatnya ditemui.

Sementara itu, ibu mangsa, Rahimah Muhammad, 32, reda dengan pemergian anak kedua daripada lima beradik itu dan menyerah kepada pihak berkuasa untuk menghukum pembunuh anaknya itu.

"Saya berharap pembunuh kejam itu mendapat hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukannya ke atas anak saya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM4b dibelanja projek rakyat di Iskandar Malaysia

Posted:

RM4b dibelanja projek rakyat di Iskandar Malaysia

RM4b dibelanja projek rakyat di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 30 Okt. - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah membelanjakan RM4 bilion daripada RM6.38 bilion yang diterima sehingga kini bagi pelaksanaan beberapa projek pembangunan rakyat dan pemuliharaan alam sekitar di Iskandar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, antara projek yang telah dan sedang dalam pelaksanaan itu adalah projek perumahan rakyat, tebatan banjir, pembersihan sungai dan infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya.

"Kesemua projek ini adalah demi memastikan masyarakat khususnya di Iskandar Malaysia dapat hidup selesa dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di tiga persimpangan bertingkat di sini, semalam.

Menurut Ismail, pemasangan 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan di Iskandar Malaysia juga dapat menjamin keselamatan orang ramai daripada jenayah.

Katanya, sebanyak tiga persimpangan bertingkat baharu bakal dibuka di Indahpura, Bukit Indah dan Jalan Abu Bakar tidak lama lagi yang dapat melancarkan lagi aliran trafik di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved