Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tingkah laku peserta dipertikai

Posted:

Tingkah laku peserta dipertikai

Tingkah laku peserta dipertikai

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 118 laporan daripada orang awam yang mempertikaikan tingkah laku peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Malah, terdapat orang awam yang membuat laporan tersebut menyifatkan tingkah laku peserta perhimpunan haram itu tidak ubah seperti monyet.

Menurut sumber, sejak 10 Julai lalu, polis menerima banyak laporan terdiri daripada individu tidak berkepentingan sama ada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau politik.

Katanya, pengadu tidak berpuas hati terhadap sikap dan tingkah laku peserta perhimpunan haram tersebut kerana menyusahkan mereka selain menunjukkan tindakan yang menjengkelkan.

"Mereka yang membuat laporan terdiri daripada orang awam termasuk peniaga. Rata-ratanya tidak bersetuju dan membuat laporan polis kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

"Ada di antara mereka menyifatkan sikap peserta tersebut seperti 'monyet' yang mahu menimbulkan kekacauan selain perhimpunan berkenaan yang menimbulkan kesusahan kepada pelbagai pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, PDRM menerima sebanyak 36 laporan yang meminta pasukan itu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memuat naik video yang diubah untuk memburukkan polis.

"Pengadu membuat laporan dan mahu polis bertindak terhadap pihak yang mengubah video berhubung suasana dan kejadian pada hari perhimpunan Bersih.

"Bagi mereka, laporan berkenaan dibuat kerana tidak mahu pihak terbabit bermaharajalela dan terus memburukkan imej pasukan penguatkuasa dan kerajaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Lindungi kepentingan rakyat’

Posted:

'Lindungi kepentingan rakyat'

'Lindungi kepentingan rakyat'

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa menjadi tugas utama beliau untuk melindungi kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok yang menentang kerajaan.

Perdana Menteri yang mengambil contoh perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini, berkata, keputusan yang diambil kerajaan untuk menghalang perhimpunan itu adalah bagi melindungi kepentingan dan pemilikan sebahagian besar masyarakat yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai mata pencarian mereka.

"Hari itu, beribu-ribu rakyat berhimpun di jalanan. Jika mereka ini dibenarkan (berhimpun), bagaimana pula dengan rakyat yang lain? Dengan membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran kepada orang lain, apakah kewajarannya?

"Tanpa mengambil kira janji mengadakan demonstrasi aman, tindakan gila sekumpulan kecil yang melakukan huru-hara telah menyebabkan keadaan menjadi buruk. Apakah berbaloi berbuat sedemikian?

"Justeru, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi secara serta-merta kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok,'' katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blognya, http://www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, penunjuk perasaan mendakwa bahawa demokrasi tidak wujud di negara ini hanya kerana tindakan berdemonstrasi tidak dibenarkan.

"Bagaimana pula dengan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kurangnya protes terhadap keputusannya? Bagaimana anda menjelaskan berhubung suara maya yang mendesak rakyat menentang kerajaan di media sosial?

"Adalah memalukan bahawa kenyataan itu telah diketepikan semata-mata untuk menunjukkan kerajaan tidak bertoleransi dan demokratik,'' tegasnya.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang menuju transformasi, rakyat tidak perlu tunduk kepada desakan yang hanya menyebabkan kehancuran negara.

"Marilah kita mengekalkan keharmonian negara. Jangan kita memberi ruang kepada mereka yang mahu menghancurkan asas yang telah kita bina selama ini,'' tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program mentor perlu serius - TPM

Posted:

Program mentor perlu serius - TPM

Program mentor perlu serius - TPM


Muhyiddin Yassin berbual dengan Ahli Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia, Lily Sebastian (duduk kanan) sambil diperhatikan oleh Shahrizat Abdul Jalil pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Wanita 2011 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program mentor yang serius perlu diambil dalam mempersiapkan wanita tempatan untuk bersedia berada dalam senarai lembaga pengarah syarikat.

Kata Timbalan Perdana Menteri, ia termasuk dengan mengadakan kerjasama erat di antara syarikat tempatan dan antarabangsa yang mengiktiraf kedudukan wanita dengan peranan penting tersebut.

''Saya berpandangan, kita memerlukan satu proses penambahbaikan supaya lebih ramai wanita tempatan menguasai kemampuan untuk berada dalam senarai lembaga pengarah sesebuah organisasi.

''Kerana itu saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mampu mengetuai dan memberi tumpuan kepada perkara ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita 2011 di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin menambah, ketika usaha-usaha diambil pelbagai pihak untuk melahirkan wanita tempatan yang berpengaruh, sektor swasta juga perlu memainkan peranan dengan lebih telus dalam menilai kemampuan pekerja.

Sektor swasta, jelas beliau, perlu seiring dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang sentiasa telus dan penuh berintegriti dalam melantik pembuat keputusan di sektor awam.

''Pada masa yang sama, wanita tempatan juga perlu bijak menonjolkan diri mereka termasuk dari sudut kemampuan menyelesaikan masalah, kepantasan bertindak dan kebijaksanaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved