Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nelayan tuntut pampasan

Posted:

Nelayan tuntut pampasan

Nelayan tuntut pampasan

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusam.com.my


Sebahagian nelayan berkumpul menuntut pampasan ekoran rezeki mereka terjejas akibat projek mega minyak dan gas di Kampung Teluk Empang, Pengerang, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 25 Julai - Lebih 400 nelayan dari lapan buah kampung di sini menuntut pampasan berikutan projek mega minyak dan gas di kawasan berkenaan menjejaskan mata pencarian mereka.

Mereka terdiri daripada nelayan Kampung Pengerang, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sungai Rengit dan Kampung Teluk Ramunia.

Pengerusi Biro Kebajikan Nelayan Kampung Jawa, Hussain Abd. Latif, 48, berkata, pihaknya menyokong projek tersebut kerana ia membantu kemajuan ekonomi negara di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

"Namun, kami mohon agar nasib nelayan pesisir pantai di sini diberi perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek mega tersebut," katanya ditemui di sini, baru-baru ini.

Hussain berkata, pembinaan depot simpanan minyak dan gas di kawasan pantai seluas 60 hektar melibatkan dua perkampungan nelayan iaitu Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Kapal merupakan salah satu kawasan yang memilik khazanah marin yang banyak.

Beliau mendakwa, projek mega itu mengakibatkan kesan lumpur di pesisiran pantai bukan sahaja di Sungai Buntu dan Sungai Kapal, namun perkampungan nelayan yang lain turut menerima kesannya.

"Akibat kerja penambakan projek itu, arus sungai semakin perlahan dan ikan turut berkurangan kerana ia berpandukan perjalanan air sehingga menyebabkan kami hilang punca pencarian," katanya sambil merayu kerajaan negeri dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said membantu membela nasib mereka dengan mendapatkan sejumlah pampasan.

Seorang nelayan, Wahab Ibrahim, 51, berkata, akibat penambakan laut yang berlaku di Sungai Kapal dan Sungai Buntu, ia akan menjarakkan lagi laluan nelayan untuk ke tempat tangkapan ikan.

"Nelayan terpaksa pergi sejauh kira-kira 10 batu nautika untuk ke tempat penangkapan ikan ekoran penambakan yang berlaku. Pendapatan kami juga terjejas akibat kawasan pencarian ikan yang akan hilang ekoran pembinaan tempat simpanan minyak tersebut,'' ujarnya.

Lim Eng Huat, 57, pula berharap kerajaan dapat membantu membela nasib mereka yang hanya bergantung hidup dengan mencari ikan di laut.

"Saya berharap tindakan akan diambil bagi membantu menyelesaikan masalah kami. Hanya kerajaan yang dapat membela nasib kami," katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan biarkan papan tanda rosak

Posted:

Jangan biarkan papan tanda rosak

Jangan biarkan papan tanda rosak

KEMBANG KUNCUP
Kota Tinggi


Papan tanda jalan yang sudah terkopak di simpang masuk Bandar Penawar, Kota Tinggi mencacatkan pemandangan.


PAPAN tanda dan iklan sememangnya amat berguna kepada orang ramai yang mahu mendapatkan sesuatu maklumat atau mempromosikan produk.

Namun, apa gunanya sekiranya papan tanda dan iklan tersebut rosak tanpa dibaiki segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Keadaan itu bukan sahaja menyusahkan orang awam, tetapi turut mencacatkan pemandangan dan sekali gus memberi pandangan negatif kepada pelancong asing.

Sebagai contoh, papan tanda dan iklan berhampiran simpang masuk ke Bandar Penawar di Kota Tinggi sudah rosak dan menyakitkan mata sesiapa sahaja yang memandang.

Papan tanda yang sebahagiannya telah terkopak dan kain papan iklan tercabut sejak sekian lama hingga kini tidak dibaiki atau diganti baru.

Papan tanda dan iklan yang baru pasti menjadikan kawasan tersebut lebih ceria dan menarik serta diharap dapat menggamit kedatangan pelancong ke daerah itu.

Justeru, pihak yang berkenaan diminta segera mengatasi masalah tersebut bagi memastikan keselesaan kepada orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved