Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia dan Australia meterai perjanjian

Posted:

Malaysia dan Australia meterai perjanjian

Malaysia dan Australia meterai perjanjian


Hishammuddin Tun Hussein dan Chris Bowen (dua dari kanan), bertukar dokumen selepas menandatangani dokumen pertukaran kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Australia berkaitan isu pelarian di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 25 Julai - Malaysia dan Australia hari ini melakar satu sejarah apabila menjadi dua negara pertama di dunia menandatangani satu dokumen pertukaran pelarian dan pemohon suaka bertujuan membanteras kegiatan penyeludupan serta pemerdagangan manusia.

Sekali gus ia merupakan amaran daripada kedua-dua negara kepada pihak sindiket bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan Malaysia dan Australia sebagai lokasi meraih keuntungan hasil daripada aktiviti haram itu.

Melalui perjanjian tersebut, Australia akan menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia manakala 4,000 pelarian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini dihantar ke negara berkenaan.

Dokumen perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili Malaysia sementara Australia diwakili oleh Menteri Imigresen dan Kewarganegaraannya, Chris Bowen dalam satu majlis yang diadakan di sini, hari ini.

Setelah ditandatangani perjanjian itu mula berkuat kuasa pada tengah malam ini.

Hishammuddin pada sidang akhbarnya selepas itu berkata, perjanjian tersebut merupakan bukti komitmen kedua-dua negara bagi mengekang aktiviti haram berkenaan.

''Perjanjian ini memberi isyarat cukup jelas kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan manusia bahawa Malaysia dan Australia amat memandang serius tentang isu ini ini.

''Kami mahu aktiviti haram ini dibanteras sepenuhnya dan difahamkan pihak sindiket boleh meraih pendapatan sebanyak RM10,000 bagi seorang pelarian dan bayangkan jika jumlahnya 500,000 sudah tentu ia boleh mencecah RM5 bilion,'' katanya.

Menjawab satu soalan beliau berkata, walaupun Malaysia bukan negara Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat soal pelarian di negara ini terutama berhubung aspek kemanusiaan.

''Sejarah telah membuktikan Malaysia pernah menerima beribu-ribu pelarian Vietnam sekitar akhir tahun 70-an dan kehadiran mereka telah diurus dengan baik,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, proses penempatan semula itu mengambil masa empat tahun dan kerajaan Australia akan menanggung sepenuhnya kos pelaksanaannya.

''Mereka yang dipindahkan akan di tempatkan di satu pusat dalam tempoh 45 hari untuk tujuan pemeriksaan asas sebelum dibenarkan berada di dalam masyarakat,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi memastikan pemohon suaka yang dihantar dari Australia tidak mengancam keselamatan negara, Malaysia mensyaratkan pemohon suaka itu tidak termasuk senarai dikehendaki di peringkat antarabangsa, senarai pengganas dan pendatang asing tanpa izin.

''Saya juga ingin memaklumkan bahawa UNHCR dan Organisasi Mengenai Migrasi (IOM) turut mempunyai peranan di dalam program pertukaran pelarian dan pemohon suakan Malaysia-Australia,'' katanya.

Ditanya mengenai senarai 4,000 pelarian yang akan dihantar ke Australia Hishammuddin berkata, kerajaan dalam proses mengenal pasti pelarian yang terlibat.

Sementara itu Bowen dalam sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan Australia telah memperuntukkan wang sebanyak AUS$296 juta (RM938 juta) bagi pelaksanaan program itu.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi semua kos berkaitan proses pertukaran antaranya pengangkutan dan penempatan di pusat-pusat sementara.

''Seperti mana kenyataan menteri (Hishammuddin) kerajaan kami dan kerajaan Malaysia serius untuk membanteras aktiviti haram ini dan komitmen kami dibuktikan melalui perjanjian ini,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bakal pesara tentera dijadikan 'modal insan panas'

Posted:

Bakal pesara tentera dijadikan 'modal insan panas'

Bakal pesara tentera dijadikan 'modal insan panas'

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kementerian Pertahanan bercadang mahu menjadikan anggota tentera yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai 'modal insan panas' sehingga kepakaran mereka ditempah tiga tahun lebih awal oleh pihak swasta sebelum bersara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu, berkata, pihaknya bercadang untuk memanjangkan tempoh latihan bagi memastikan bakal pesara tentera memperoleh kelayakan serta kepakaran sewajarnya untuk memulakan kerjaya baru.

"Kita mahu menjadi seperti Amerika Syarikat, tentera mereka yang bakal bersara ditempah tiga tahun lebih awal sebelum tamat perkhidmatan. Kita mahu anggota tentera kita pun mendapat layanan yang sama daripada syarikat-syarikat swasta," katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dengan enam syarikat swasta bagi tujuan latihan kepada bakal pesara tentera.

Turut hadir Pengerusi Perhebat, Tan Sri Ilyas Din.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, buat masa ini bakal pesara tentera diberi latihan selama enam hingga 18 bulan sebelum tamat perkhidmatan, tetapi perkembangan semasa menuntut mereka diberi latihan lebih lama bagi mendapat peluang pekerjaan lebih baik.

Ditanya mengenai kejayaan program latihan yang dianjurkan Perhebat sebelum ini, beliau berkata, penerimaan pihak swasta untuk menyerap pesara tentera ke dalam syarikat mereka, khususnya yang berkaitan industri pertahanan meningkat dengan mendadak.

Umpamanya jelas beliau, syarikat pertahanan tempatan, Boustead Naval Shipyard sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 pengimpal kapal berkepakaran tinggi tetapi buat masa ini, Perhebat hanya mampu menyediakan 300 pesara tentera sahaja.

"Ertinya permintaan terhadap tenaga bakal pesara tentera itu tinggi cuma kita yang tidak mampu mengeluarkan sejumlah ramai tenaga mahir pada satu-satu masa. Maka melalui perjanjian hari ini kita berharap Perhebat mampu memenuhi keperluan pasaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Muhyiddin terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara

Posted:

Muhyiddin terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara

Muhyiddin terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara


Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Pak Ui Chun ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara itu di pejabatnya di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 25 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui Chun di pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah duta republik berkenaan ke Malaysia, Jang Yong Chol.

Ui Chun, yang tiba di sini pagi ini, dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau ke negara ini.

Esok, Menteri Luar Korea Utara itu dijadual bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman.

Antara lokasi yang akan dilawati oleh Ui Chun semasa di negara ini adalah Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil serta menghadiri sesi taklimat Unit Perancang Ekonomi. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved