Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


IRDA harap bajet besar 2012

Posted:

IRDA harap bajet besar 2012

IRDA harap bajet besar 2012

Oleh NURUL HUDA HASSANutusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 Mei - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengharapkan peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan Pusat dalam Bajet 2012 berbanding lebih RM300 juta yang diterima pada Bajet 2011.

Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang baik dapat terus disediakan di Iskandar Malaysia sekali gus menarik minat lebih ramai pelabur domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, permohonan peruntukan tambahan tersebut telah pun dihantar dan proses perbincangan bagi peruntukan berkenaan sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat.

"Permohonan sudah dihantar dan kita mengharapkan peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Kemewahan Iskandar Malaysia di sini hari ini.

Persidangan yang membabitkan penyertaan daripada pelabur domestik berlangsung selama dua hari bermula hari ini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Pembangunan Iskandar Malaysia yang dijangka mengambil masa selama 25 tahun dan dijangka matang pada 2025 telah menerima pelaburan sebanyak RM73.24 bilion daripada pelbagai pelabur domestik dan antarabangsa setakat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

Posted:

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

JOHOR BAHRU 24 Mei - Kerajaan negeri menyambut baik langkah penyelarasan kadar kompaun bagi kesalahan trafik dan bayaran tindakan mengapit, menunda dan merampas kenderaan yang akan diperluaskan pelaksanaannya kepada 12 kerajaan tempatan seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, penyelarasan tersebut telah diluluskan Kabinet dan akan melibatkan pindaan dalam undang-undang kecil di bawah pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

"Kita akan lihat perkara ini mengikut keperluan dan kesesuaiannya untuk dilaksanakan dan akan dimulakan dengan pelaksanaan di bandar raya (pusat bandar raya Johor Bahru) dulu sebelum diikuti pihak berkuasa tempatan lain.

"Secara prinsipnya kita menerima keputusan yang telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemewahan Iskandar Malaysia mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai langkah mengelakkan tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor, beliau menyatakan tidak timbul kebimbangan kerana negeri ini tidak banyak kawasan berbukit.

Bagaimanapun, jelasnya, pihak kerajaan negeri memberi perhatian beberapa kawasan di Batu Pahat, Muar dan Ledang terutamanya ketika musim hujan lebat dan cuaca tidak menentu seperti sekarang ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved