Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Beli 40 lori sampah baru

Posted:

Beli 40 lori sampah baru

Beli 40 lori sampah baru

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Mei - Syarikat pengurusan sisa pepejal SWM Enviroment Sdn. Bhd., akan menambah 40 lori sampah baru yang dilengkapi teknologi moden sebagai salah satu usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik di negeri ini.

Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim berkata, lori-lori berkenaan akan dilengkapi sistem 'tailgate' dan fungsi navigasi sistem penentu kedudukan global (GPS) sebagai persiapan ke arah penswastaan penuh berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Untuk tujuan itu, kata Adnan, pada tahun ini, sebanyak 10 lori baru dibeli dan 30 buah lagi kini dalam proses pemasangan dengan lima daripadanya dikhususkan bagi kawasan Bandar Baru Uda, Taman Melodies, Taman Molek, Taman Redang, Ponderosa dan pusat bandar raya.

"Sementara itu bagi pelan tindakan jangka pendek SWM kini menyusun semula kawasan kontraktor menerusi perlaksanaan secara '1 Taman 1 Kontraktor' bertujuan meningkatkan pemantauan dan khidmat bantuan yang lebih berkesan.

"SWM berharap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dapat segera dikuatkuasakan bagi menyelesaikan masalah yang wujud serta membuktikan komitmen dan langkah proaktif Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan yang mesra alam dan lebih baik kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Adnan mengulas kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Johor (MBJB), Datuk Yahya Jaafar yang mahu kerajaan negeri melantik satu lagi kontraktor pungutan sampah sebagai pesaing kepada SWM yang dilihat sudah tidak berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan.

Jelasnya, pihak SWM telah membuat siasatan serta-merta dan memang tidak dinafikan terdapat kelewatan pungutan sampah di beberapa kawasan termasuk Bandar Baru Uda dan Majidee disebabkan kerosakan lori.

"Kami juga percaya dakwaan mengenai penduduk membakar sampah adalah merujuk kepada tong Roll On Roll Off dan Rear End Loader yang ditempatkan di Kampung Datuk Sulaiman Menteri tanpa caj khusus agar tidak berlaku pembuangan sampah ke dalam sungai," katanya.

Menurutnya, tong tersebut adalah untuk menampung janaan sampah penduduk di kawasan setinggan iaitu Desa Makmur, Desa Jaya dan Desa Melayu tetapi turut diambil kesempatan oleh kontraktor lantikan pihak pengurusan penduduk Flat Sri Setanggi menyebabkan ia melimpah dan menyebabkan bau busuk.

Adnan berkata, pihaknya akan berusaha meningkatkan kekerapan kutipan dan memohon bantuan pihak MBJB untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kontraktor terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan Malaysia

Posted:

SK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan Malaysia

SK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan Malaysia


Mohd. Shahrullazhar Yacob menyerahkan replika berjumlah 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Mazara Mansor di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 20 Mei - Atas kesedaran bahawa sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) berpotensi dalam meningkatkan prestasi murid-murid terutama yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 2 di sini melanggan 10,000 naskhah Utusan Malaysia untuk kegunaan mereka.

Walaupun majlis penyampaian replika cek langganan akhbar itu dilangsungkan dalam suasana ringkas, ia membawa erti besar bagi warga sekolah berkenaan.

Majlis penyerahan replika cek itu disampaikan Guru Besarnya, Mazara Mansor kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Shahrullazhar Ya'cob.

Mazara berkata, sisipan ADaP yang terkandung di dalam akhbar Utusan Malaysia merupakan salah satu daripada sumber pembelajaran yang sangat efektif dan sesuai dengan keperluan murid-murid di sekolah berkenaan.

"Nyata soalan-soalan yang dibekalkan dalam ADaP membantu murid-murid untuk membuat latihan dan menjadikan mereka lebih aktif di dalam kelas serta sering melakukan perbincangan secara berkumpulan.

"Bila ada bahan seperti ini mereka berebut untuk menjadi murid yang pertama menjawab soalan apabila ditanya," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perkongsian Pintar dan Kios Bacaan Bersama Utusan Melayu (M) Berhad di dewan sekolah tersebut di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pembukaan kios bacaan itu bertujuan mewujudkan budaya membaca di kalangan murid sekolah berkenaan dan pada masa sama ingin menggalakkan mereka mengisi masa terluang dengan perkara-perkara berfaedah.

Jelasnya, ia juga bertujuan memberikan pendedahan kepada murid mengenai Hari Buku Sedunia dan Hari Hak Cipta Sedunia selain membantu kerajaan dalam melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi keperluan pada masa akan datang.

"Kita juga akan turut memberi insentif kepada murid yang paling banyak membaca buku bagi menyemarakkan budaya membaca di kalangan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved