Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi terakhir Scarlet Johannsen

Posted:

Koleksi terakhir Scarlet Johannsen

Koleksi terakhir Scarlet Johannsen

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
pengarang@utusan.com.my


KOLEKSI terbaru ini bercirikan penampilan moden dan ringkas yang menerima sentuhan elemen warna terang.


SETELAH empat musim berturut-turut pelakon Hollywood, Scarlet Johannsen menawarkan khidmat sebagai model jenama terkenal dari Amerika Syarikat, Mango, beliau baru-baru ini mengakhiri khidmatnya.

Kata aktres tersebut, dia begitu berbangga dapat bekerjasama dengan Mario Sorrenti yang menjadi jurugambar rasmi Mango sepanjang menjadi wajah rasmi jenama tersebut.

Koleksi terakhir yang diperagakan Johannsen diberi nama Modernist Resort. Ia bercirikan penampilan moden dan ringkas yang ditambah dengan elemen warna terang, selain kontras dalam kombinasi menarik.

Koleksi tersebut dipertontonkan kepada media Malaysia dalam satu sesi peragaan bertempat di Hotel Sunway Resort and Spa, Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Elaine Daly, Carmen Soo, Yasmin Yusoff dan Genevie Sambhi.

Terdapat pelbagai pilihan daripada seluar hingga skirt labuh yang memfokuskan kepada penampilan wanita sejati. Paduan rona terang seperti warna lemon, merah buah tembikai dan hijau daun pudina menambah elemen mewah pada koleksi kali ini.

Bersesuaian dengan iklim Malaysia yang panas, koleksi Mango musim panas ini dibuat khas menggunakan fabrik yang telap peluh dan selesa untuk kulit. Fabriknya juga lebih ringan dan sesuai digunakan untuk majlis formal atau pun santai.

Untuk musim ini, fesyen lelaki juga diberi perhatian dan mempertaruhkan konsep retro-sukan. Ia dijangka memberi satu tarikan istimewa buat golongan lelaki metroseksual di negara ini. Menggunakan label H.E. by Mango, koleksi ini juga lebih natural dan menggunakan fabrik yang sama dengan koleksi wanita. Malah penggunaan warna yang terang dan ceria dijangka menarik perhatian dan memberi kelainan pada penampilan lelaki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kreativiti tudung tampil kelainan

Posted:

Kreativiti tudung tampil kelainan

Kreativiti tudung tampil kelainan

COMEL apabila melihat kanak-kanak memakai cekak rambut di atas kepala. Motif reben, bunga, butang dan apa saja yang comel pasti menarik perhatian kalau namanya wanita.

Tapi bagi wanita bertudung pastinya tidak pernah menyangka yang mereka juga boleh mencuba gaya yang sama. Buat saja seperti kanak-kanak, tapi tidak semestinya hasilnya sama seperti mereka.

Dua beradik yang gemar membuat kraf, terfikir satu idea yang boleh memberi wanita penampilan yang bergaya khususnya untuk mereka yang bertudung. Nur Irda Suriani Zainal Abiddin, 31, dan adiknya, Nur Azrina, 30, kini mengusahakan aksesori untuk wanita bertudung menerusi blog mereka yang diberi nama sistarcreative.blogspot.

Nur Irda yang juga seorang pensyarah di Kusza berkata, idea ini dizahirkan sendiri ketika menjahit pada waktu lapang di rumahnya.

"Saya memang sukakan kraf dan kebetulan saya menghasilkan satu kraf menggunakan kain felt. Apabila hasilnya menjadi sekuntum bunga seakan ros, saya tunjukkan kepada adik saya dan dia terus menzahirkan idea selanjutnya," jelasnya yang ditemui di studio S2, baru-baru ini.

Bermula dari itu, Nur Irda dan Nur Azrina melakukan eksperimen sendiri dan menghasilkan lebih banyak lagi aksesori untuk tudung. Mereka menggunakan reben, butang, dan pelbagai lagi aksesori untuk menambah seri rekaan mereka.

"Tema kami ialah untuk menghasilkan sesuatu yang comel, tidak terlalu bergaya malah tidak juga terlalu ringkas," ujar Nur Irda yang merupakan anak sulung dari tujuh beradik.

Sejak dari kecil lagi, mereka berdua gemar menghasilkan sesuatu barangan kreatif. Nur Azrina pula gemar bergaya dari kecil. Justeru minat mereka digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan wanita.

"Apa yang kami buat bukanlah khusus untuk remaja sahaja, malah wanita dewasa juga boleh menggayakannya. Terdapat banyak kategori untuk dipilih, untuk majlis formal, santai dan ke pejabat, terpulang kepada anda untuk menggayakannya," jelas Nur Azrina pula.

Istimewanya aksesori tudung dua beradik ini ialah ia boleh disesuaikan dengan saiz kepala setiap orang. "Kami akan menghasilkan pelbagai motif yang bersesuaian dengan kehendak pelbagai usia wanita.

"Malah kami juga dalam perancangan untuk menghasilkan motif bunga ros, bukan setakat dalam pemakaian malah untuk hiasan rumah juga," ujarnya.

Nur Azrina juga berkongsi tips pemakaian aksesori tudung ini:

n Kalau memilih reben bercorak, sebaiknya tudung polos

n Bunga bersaiz kecil sesuai diletak di atas kepala, manakala yang bersaiz besar pula sesuai dijadikan perhiasan di dada

n Untuk menghadiri majlis formal gunakan aksesori yang berwarna hitam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved