Jumaat, 18 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bas ekspres terbalik di LPT

Posted: 18 Apr 2014 07:31 PM PDT

TEMERLOH 19 April - Sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas dan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, walau bagaimanapun semua penumpang selamat. - UTUSAN ONLINE

Ibu seludup dadah untuk anak

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

Seorang wanita dibawa polis ke mahkamah atas kesalahan membawa masuk heroin yang dibalut dalam gulungan tembakau untuk diserahkan kepada anaknya yang menghadapi pertuduhan memiliki dadah di dalam galeri awam Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 18 April - Seorang ibu mempamerkan kasih sayang tidak bertempat terhadap anaknya selepas tergamak menyeludup dadah untuk lelaki itu di dalam galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam.

Dadah jenis heroin seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.

Perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, dadah itu diberikan wanita tersebut kepada anaknya yang kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada seorang lagi tahanan lain pada kira-kira pukul 11.15 pagi.

"Wanita itu yang berada di galeri awam tiba-tiba meluru ke arah anaknya dan menghulurkan bungkusan berisi dadah tersebut. Dia kemudian ditahan oleh anggota polis yang mengiringi anaknya,' katanya dalam sidang akhbar di IPD Barat Daya, di sini hari ini.

Menurut Norsalawati, wanita itu ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Katanya, anak suspek pula berada di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB dan dikenakan penjara sembilan bulan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved