Jumaat, 31 Januari 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Indonesia-Malaysia jalin kerjasama kawal sempadan lautan

Posted: 31 Jan 2014 09:20 AM PST

JAKARTA 1 Feb. - Tentera Laut Indonesia akan menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, dalam meningkatkan lagi kawalan di sepanjang sempadan laut di antara kedua-dua buah negara pada tahun ini.

Persediaan bagi melaksanakan operasi yang diberi nama Operasi Benteng Hiu-14 itu, telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang diketuai Komander Aan Kurnia di Surabaya, semalam.

Menurut agensi berita Antara, operasi berkenaan bakal melibatkan enam buah kapal perang, sepasukan tentera laut dan sebuah pesawat pengintip termasuk pasukan perisik.

Operasi itu akan memberi tumpuan dalam melakukan rondaan di sekitar sempadan perairan bagi mengesan sebarang aktiviti pencerobohan sempadan wilayah, penyeludupan senjata api, aktiviti lanun dan jenayah-jenayah lain. - AGENSI

53 pemberontak terbunuh di selatan Mindanao

Posted: 31 Jan 2014 09:18 AM PST

MANILA 1 Feb. - Pertempuran yang sudah berlarutan selama seminggu di antara tentera Filipina dengan kumpulan pemberontak di selatan negara ini, telah mengakibatkan 53 orang terkorban dengan tiga daripadanya merupakan kanak-kanak yang dilatih untuk menjadi tentera pemberontak.

Jurucakap wilayah, Kolonel Dickson Hermoso berkata, serangan ke atas kumpulan Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di selatan Mindanao telah mengakibatkan 52 orang pemberontak terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang askar.

Mereka menjadikan kanak-kanak sebagai pemberontak dengan membekalkan senapang dan pakaian seragam untuk penyamaran.

Apabila kami menyerang, kami tidak boleh melakukan diskriminasi kerana mereka adalah kanak-kanak," jelas Hermoso.

Kata Hermoso, tentera dan penduduk tempat turut mengesahkan tiga orang tentera kanak-kanak merupakan antara pemberontak yang dikebumikan sejurus selepas mereka dibunuh. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved