Ahad, 24 November 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Denda jika potong pokok di Bandaraya Melaka

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

MELAKA 23 Nov. - Orang ramai yang didapati memotong pokok-pokok di sekitar negeri ini khususnya di pusat bandar akan dikenakan hukuman menanam semula pokok tersebut sebagai ganti.

Jika sekiranya mereka gagal menanam pokok yang ditebang, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun atau tindakan lain ke atas mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, mesyuarat Exco telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan peraturan denda dan sebagainya bagi mana-mana individu atau pihak yang memotong pokok sama ada di sekitar bandar raya ini atau lain-lain lokasi di negeri ini.

"Berkuat kuasa serta-merta, setiap individu atau mana-mana pihak termasuk pemaju yang ingin membangunkan sesuatu kawasan perlu mendapat kebenaran bertulis untuk menebang pokok.

"Jika mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan tindakan iaitu menanam semula pokok yang ditebang atau mereka bakal dikenakan tindakan kompaun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Ulang Tahun Ke-50, Zoo Melaka dan Night Safari serta melancarkan kad Tiga Taman Tema Satu kad keahlian di Zoo Melaka di sini hari ini.

Kad keahlian yang dijual dengan harga RM399 bagi keluarga dan RM188 bagi individu membolehkan pemegang kad tersebut memasuki tiga taman tema selain Zoo Melaka dan Night Safari ialah Melaka Wonderland dan Taman Burung.

Pemegangnya bakal menikmati faedah memasuki ketiga-tiga taman tema tersebut secara percuma selama setahun tanpa had.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved