Isnin, 22 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tebang balak, korek pasir punca Sungai Kelantan cetek

Posted: 21 Jul 2013 07:50 PM PDT

KOTA BAHARU 22 Julai - Kegiatan penebangan balak dan mengorek pasir yang berterusan di Sungai Kelantan dikenal pasti sebagai punca utama sungai berkenaan cetek dan berlaku mendapan sehingga menyukarkan kerja pengaliran air ke sawah padi di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih merisaukan ia telah memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekali gus merugikan petani.

"Ini bukan sesuatu yang direka bagi memburukkan kerajaan Kelantan dan jika kerajaan negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya, masalah ini tidak akan selesai dan rakyat Kelantan terus menjadi mangsa.

"Saya telah diberi taklimat setiap tahun kita mengorek lumpur di hadapan rumah pam membabitkan beratus lori dan saya minta kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk bantu rakyatnya sendiri dan jangan harap kerajaan Persekutuan sahaja untuk melakukannya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pertanian dan berbuka puasa di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, petang semalam. - BERNAMA

Jerebu kembali landa pantai barat Semenanjung

Posted: 21 Jul 2013 07:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Julai - Beberapa kawasan di negeri pantai barat Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.

Walaubagaimanapun jelas kenyataan tersebut, keadaan itu dijangka berlaku untuk tempoh yang singkat sahaja memandangkan corak tiupan angin dijangka berubah dalam tempoh dua atau tiga hari akan datang.

Angin Barat Laut dengan kelajuan sederhana akan bertiup di sebelah utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan Semenanjung.

Keadaan tiupan angin ini dijangka membawa hujan terutama di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, laman web Jabatan Alam Sekitar mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat sehingga pukul 7 pagi ini.

Tiga kawasan tersebut adalah Bandaraya Melaka (107), Bukit Rambai (117) dan Banting (105). - UTUSAN ONLINE

Jenazah 4 kanak-kanak lemas selamat dikebumikan

Posted: 21 Jul 2013 11:30 AM PDT

MELAKA 22 Julai - Jenazah empat kanak-kanak yang mati lemas di Sungai Melaka berhampiran Seri Kerubong petang semalam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Cheng, kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Jenazah yang dibawa dari bilik mayat Hospital Melaka disembahyangkan di Surau Khatib Haji Md. Zin Kampung Pantai Cheng.

Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Idris Haron menziarahi jenazah keempat-empat kanak-kanak itu di bilik mayat hospital kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

- UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved